Wednesday, June 22, 2022

PRU-15: MENGAPA BN DIKATAKAN BOLEH MENANG?

PENULIS telah memperhatikan pendapat beberapa penganalisis tanah air yang sering dirujuk oleh media-media tempatan, akan tetapi, apabila keputusan pilihan raya diumumkan, tiada satupun pendapat mereka itu terbukti benar, malah kebanyakan jauh daripada yang mereka ramalkan.

Tidak seperti berlaku di negara-negaara lain yang juga mengamalkan demokrasi, ramalan para penganalisis, kalaupun tidak tepat, akan tetapi mendekati.

Mengapa demikian berlaku dalam sistem pilihan raya kita? Faktornya, para penganalisis mendasari pandangan mereka pada perilaku dan kecenderungan rakyat semasa mereka memberi pandangan. Mereka tidak dapat mengambilkira, perubahan yang pantas semasa tempoh kempen, selain faktor-faktor lain yang mengubah perilaku atau kecenderungan pengundi.

Dalam sistem pilihan raya negara kita, perubahan perilaku pengundi berubah semasa tempoh kempen, malah di saat-saat akhir semasa menunju peti undi. Banyak faktor yang mempengaruhi, yang telah menjadi rahsia umum.

Penulis telah mengikuti kempen pilihan raya sejak tahun 1990, malah terlibat pada beberapa siri pilihan raya, baik di Semenanjung mahupun Sabah. 

Kekuatan jentera, semasa tempoh kempen yang disokong “faktor-faktor” lain, boleh mengubah pengundi dalam senarai “hitam” kepada putih, apa tah lagi “kelabu”. Demikian juga, bukan keadaan luarbiasa, kawasan “putih” apabila peti undi dikira, ternyata “hitam”, mengapa? kerana berlaku diluar perkiraan semasa tempoh kempen, termasuk sabotaj daripada jentera sendiri.

Penulis masih merasa skeptikal, apabila ramai penganalisis politik tanah air, bahawa pada PRU-15, BN menang besar, dan memperkirakan parti BERSATU dan Amanah tidak akan mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14.

Pada PRU-15, julung kali bagi BN hanya bertanding 191 kerusi parlimen, 165 di Semenanjung, 26 di Sabah dan WP Labuan.

Di Semenanjung, daripada 165 kerusi parlimen, 35 daripadanya adalah kerusi DAP, yang diramal tidak terganggu gugat. Ertinya, hanya 130 menjadi rebutan antara BN, PN dan PH (PKR dan Amanah).

Rekod Umno di Semenanjung pada PRU-12 adalah 65 kerusi parlimen, PRU-13, 72 dan PRU-14, 45. Apa kah pada PRU-15, akan melepasi semua angka-angka tersebut?, sehinggakan ada penganalisis berpendapat di Semenanjung sahaja, BN boleh menang 150 kerusi daripada 165!!!, ertinya parti-parti lain termasuk DAP hanya menang kerusi “token” 15!!!!.

Bagi penulis, apa yang akan berlaku pada PRU-15, tiada mana-mana parti tanpa GPS-Sarawak akan mendapat angka keramat 112. Makna kata, mana-mana parti perlu sokongan GPS untuk mendapatkan majoriti mudah.

No comments:

Blog Archive