Tuesday, July 26, 2022

KYS MERAIH 40 PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2021

KERAJAAN Sabah menerusi Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), pada selesa meraih 40 pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2021 dengan menganugerahkan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) kali ke-33, bertempat di Auditorium Menara Tun Mustapha.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Tutut hadir Pengerusi kumpulan tersebut- Datuk Dr Ghulam Haidar yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

Turut sama Menteri Tugas-Tugas Khas Jabatan Ketua Menteri Sabah- Datuk Dr Ariffin Arif.

ABCNS merupakan acara tahunan kerajaan negeri sebagai cara menghargai pencapaian anak-anak Sabah, sekali gus memberi mereka peluang menimba ilmu dan pendidikan, sesuai dengan keperluan negeri, selain merealisasikan pembangunan modal insan salah satu teras dalam visi Sabah Maju Jaya.

KYS sejak ditubuhkan pada tahun 1967, atas inisiatif Bapa Kemerdekaan Sabah- Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun, merupakan pemain utama menyokong peningkatan pendidikan menerusi berbagai bentuk penajaan, bermula daripada sekolah menengah hingga lah keperingkat pendidikan tinggi.

Tidak sedikit jumlah anak-anak Sabah telah mendapat sokongan daripada kumpulan tersebut untuk melanjutkan pelajaran, samada dalam negara mahupun luar negara, yang meliputi semua bidang, baik kursus-kursus sains dan profesional, akan tetapi juga meliputi bidang keagamaan.

Bantuan kewangan pada pelajar-pelajar pada hakikatnya sudah sinonim dengan kewujudan KYS, sesuai dengan program sosial kumpulan tersebut.

Baru-baru ini, KYS telah melaporkan keuntungan anak-anak syarikat kumpulan tersebut bagi tahun 2021 yang mencecah hampir setengah bilion ringgit sebelum cukai, keuntungan tertinggi yang pernah dicatit dalam tempoh 9 tahun sejak tahun 2013.

Selain itu juga KYS akan mengurus Tabung Pendidikan Negeri Sabah yang dilancarkan baru-baru ini. Tabung ini, akan terbuka mendapat sumbangan daripada berbagai sumber, termasuk badan-badan korporat. Minggu lalu, TM (Malaysia) telah menyumbang RM600,000 untuk tabung tersebut.

No comments:

Blog Archive