Monday, July 25, 2022

PELAJAR CEMERLANG: KUMPULAN YAYASAN SABAH MENERUSKAN PEMBERIAN BIASISWA

ESOK akan berlangsung majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) ke-33 yang diberikan Kerajaan Sabah melalui Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Seramai 40 pelajar cemerlang lepasan SPM/STPM bakal menerima yang disampaikan oleh Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Pengarah kumpulan tersebut yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) dalam satu kenyataan pada Ahad, bahawa KYS bukan sahaja komited sebagai pemangkin pembangunan modal insan, akan tetapi akan terus membantu pelajar cemerlang menerusi anugerah biasiswa.

KYS sejak ditubuhkan pada tahun 1967, atas inisiatif Bapa Kemerdekaan Sabah- Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun, merupakan pemain utama menyokong peningkatan pendidikan menerusi berbagai bentuk penajaan, bermula daripada sekolah menengah hingga lah keperingkat pendidikan tinggi.

Tidak sedikit jumlah anak-anak Sabah telah mendapat sokongan daripada kumpulan tersebut untuk melanjutkan pelajaran, samada dalam negara mahupun luar negara, yang meliputi semua bidang, baik kursus-kursus sains dan profesional, akan tetapi juga meliputi bidang keagamaan.

Bantuan kewangan pada pelajar-pelajar pada hakikatnya sudah sinonim dengan kewujudan KYS, sesuai dengan program sosial kumpulan tersebut.

Baru-baru ini, KYS telah melaporkan keuntungan anak-anak syarikat kumpulan tersebut bagi tahun 2021 yang mencecah hampir setengah bilion ringgit sebelum cukai, keuntungan tertinggi yang pernah dicatit dalam tempoh 9 tahun sejak tahun 2013.

Selain itu juga KYS tersebut akan mengurus Tabung Pendidikan Negeri Sabah yang dilancarkan baru-baru ini. Tabung ini, akan terbuka mendapat sumbangan daripada berbagai sumber, termasuk badan-badan korporat. Minggu lalu, TM (Malaysia) telah menyumbang RM600,000 untuk tabung tersebut.

No comments:

Blog Archive