Thursday, July 07, 2022

JAWATAN TPM MENGAPA YANG BUKAN BERSANGKUTAN SIBUK?

JIKA benarlah perjanjian antara Datuk Ismail Sabri Yaakob dengan Perikatan Nasional (PN), bahawa Perdana Menteri ke-9 tersebut akan melantik TPM daripada PN, maka jangan paksa mana-mana pihak tidak mengotakan janji, dengan berbagai andaian, pendapat, pandangan.

Tiada sesiapa boleh mempengaruhi berkaitan perlantikan anggota kabinet termasuk TPM kerana ianya kuasa prerogatif Perdana Menteri. Demikian juga, jika memang benar adanya perjanjian berkaitan jawatan tersebut, maka terpulang pada beliau untuk melanggar janji.

Di negara ini, janji politik tidak selalunya ditunaikan, sebagai contoh janji-janji Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto semasa PRU-14. Apabila rakyat mengundi kerana janji-janji tersebut, para pemimpin PH pula, tidak mahu menunaikan janji, sambil mengatakan janji menerusi manifesto bukan lah KITAB SUCI.

Jika lah Datuk Seri Ismail Sabri melanggar janji (jika memang ada), maka beliau akan termasuk pada senarai panjang, pemimpin politik yang langgar janji.

Pemimpin politik hanya dinilai atau diadili rakyat, atas sebab, jatuh bangun, timbul tenggelamnya pemimpin politik bergantung pada rakyat. Terpulang pada rakyat, samada memberi peluang atau kepercayaan pada pemimpin yang sanggup melanggar janji.

Pakatan Harapan (PH) telah menerima padah, akibat tidak menunaikan janji. Sokongan pada parti tersebut bukan sahaja menurun, akan tetapi sukar lagi mendapat kepercayaan rakyat. Kalau pun masih mendapat undi semasa pilihan raya, pengundi tersebut adalah pengundi tegar, yang sanggup mati dengan parti mereka. Telah terbukti menerusi PRN Melaka dan Johor, bagai mana calon-calon daripada parti itu, gagal menang, malah gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14.

Dalam isu Ismail Sabri, jika beliau tidak mengotakan janji, parti beliau boleh sahaja berhujah, bahawa ianya tiada kaitan dengan parti, melainkan antara individu dengan pihak lain. Dengan itu, jika mahu menghukum pemimpin yang tidak tunai janji,maka hukum lah individu tersebut bukan parti. Demikian juga isu yang didepani pemimpin Umno yang termasuk kluster mahkamah, parti berhujah, jangan hukum parti, sebaliknya pemimpin yang berkaitan lah perlu dihukum. Atas pertimbangan tersebut, maka penyokong tegar dan ahli Umno terus menyokong parti, kerana membuat pendirian, mengapa bakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk!!!.

Bagi pandangan penulis, samada TPM bakal dilantik atau tidak, terpulang pada Perdana Menteri. Jika lah isu TPM menjadi penyebab, tumbangnya kerajaan, maka ianya mempercepat pembubaran parlimen untuk memberi laluan pada PRU-15.

Penulis melihat PM menggunakan delay taktik, berkaitan isu TPM dan penggantian anggota kabinet yang membabitkan Datuk Zuraida Kamaruddin yang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), walaupun quota jawatan tersebut adalah quota PN.

Walaupun diperingkat kabinet belum membincangkan berkaitan pembubaran parlimen, tetapi selepas pembentangan Bajet bagi tahun 2023, diperkirakan akan berlaku perbincangan untuk memuktamadkan bila parlimen dibubar. Jika anggaran tarikh dipersetujui, maka Perdana Menteri akan mohon menghadap Agong, untuk mempersembahkan minta perkenan pembubaran.

No comments:

Blog Archive