Wednesday, May 25, 2022

KRISIS DEMI KRISIS PROSES MEMATANGKAN KITA

PERCAYA pada qada dan qadar, wajib bagi umat islam. Perkara tersirat dan tersurat pada dua perkataan berangkai itu, tiada manusia yang mampu meramal kejadian bakal berlaku, kerana ianya kuasa MahaEsa. Dua perkataan serangkai itu adalah rukun iman, iaitu percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah SWT telah menentukan segala sesuatu yang akan terjadi pada mahkluknya. Setiap manusia, telah diciptakan dengan kententuan-ketentuan dan telah di atur nasibnya sejak zaman azali.

Malapetaka Pandemik Covid-19 yang melanda dunia, dan mula masuk dalam negara pada Februari, 2020, impaknya selama dua tahun dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehinggakan semua kita mengalami keadaan abnormal, yang meliputi semua aspek kehidupan, adalah fenomena tersurat dan tersirat pada rukun iman ke-6 tersebut.

Kerana Pandemik tersebut, maka telah menimbulkan krisis, kemudiannya ditambah dengan krisis ciptaan manusia- Krisis Politik dan Krisis Ekonomi, yang berlaku tanpa isyarat awal.

Manusia kerana diuji maka berjaya manghasilkan vaksin untuk menyelamatkan jutaan nyawa. Apabila sebahagian besar penduduk telah menerima vaksin, maka mengharapkan kehidupan normal akan kembali. Kehidupan normal, adalah kehidupan biasa yang dilakukan yang meliputi semua cycle kehidupan.

Dalam keadaan kita semua bersiap sedia menyambut kedatangan kehidupan biasa, perang Ukarine-Russia pula muncul yang juga berpotensi mengancam nyawa- kebuluran. Impaknya, hampir serupa, dengan ancaman Covid-19, hanya bezanya, kematian kerana virus boleh berlaku dalam masa singkat, kebuluran sungguh menyeksakan, kerana kematian perlahan yang cukup perit.

Dalam negara, hanya kerana kekurangan bekalan ayam dan minyak masak, produk yang hanya sebahagian kecil daripada rantaian makanan yang diperlukan oleh kita, semua pihak kelam kabut, seolah-olah rangkaian makanan yang dibina negara menerusi MAFI termasuk PPK (Persatuan Peladang Kawasan), ladang-ladang besar, kandang-kandang ayam besar, semacam kehilangan sengatan atau kehilangan kemampuan. Isunya hanya SATU, kos produksi tinggi, kerana bahan makanan untuk ayam diimport, bahan makanan ayam import mahal, kerana kurangnya bekalan, ditambah dengan nilai ringgit yang melemah. Bagi minyak masak pula, kononnya hasil tidak dapat dituai kerana tiada pekerja asing, selain itu, harga eksport lebih tinggi, maka keutamaan adalah untuk eksport, dan perlu mengorbankan rakyat tempatan, termasuk memaksa membeli pada harga mahal. Upaya kerajaan membantu pengguna menerusi paket 1kg yang dijual pada harga RM2.50, walaupun dikedai-kedai runcit dijual secara sorok-sorok di atas harga yang ditetapkan, pun demikian barangan tersebut, tidak dapat dibeli, kerana tiadanya stok atau bekalan.

Mula lah semua pakar pengeritik mempersoalkan andil dan dasar keselamatan makanan negara dibawah MAFI, bahawa berdekad strategi, upaya, usaha, hanya sekelip mata padam, bagaikan panas setahun dihapuskan hujan sehari, usaha berdekad, hanya setitik air di tengah padang pasir, mereka lupa pesan Allah SWT menerusi rukun iman ke-6, kerana Qada dan Qadar!!!.

Seharusnya kita semua perlu mengambil iktibar, krsis demi krisis yang melanda, adalah proses mematangkan kita. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan, kerana diantara kita, tiada yang ada kemampuan memberi isyarat awal. Kita hanya boleh merancang, Allah juga yang menentukan.

No comments:

Blog Archive