Thursday, May 26, 2022

HAJIJI REALISASIKAN HARAPAN RAKYAT SABAH

HANYA berbaki tiga tahun lagi, Sabah akan menjadi maju dan jaya. Pemimpin yang memastikan visi ini tercapai adalah Datuk Seri Hajiji Haji Noor. Pada masa itu, kemajuan dan pembangunan yang merata di semua kawasan negeri akan dinikmati rakyat.

Sabah Maju Jaya yang berasaskan jatah negeri dipilih, untuk merealisasikan harapan rakyat Sabah.

Visi melibatkan semua lapisan rakyat bergerak bersama memajukan dan membangun negeri, julung kali dipilih, kerana berdekad lamanya pendekatan lebih tertumpu pendekatan top down, yang mana kemajuan dan pembangunan dipelopori kerajaan.

Pendekatan yang ditempuh kerajaan yang diterajui Hajiji, membawa rakyat merasa memiliki apa sahaja kemajuan dan pembangunan.

Kerajaan sedar, sebarang kemajuan dan pembangunan memerlukan dana yang tidak sedikit. Untuk memberi laluan agar dana untuk memajukan dan membangun negeri mengalir ke dalam negeri, maka pendekatan mesra pelaburan, mesra perniagaan dijadikan dasar kerajaan. Dasar ini, mendapat reaksi yang sangat positif daripada para pemodal, kerana terbukti selepas sahaja Hajiji dilantik ke jawatan Ketua Menteri, pelaburan ke Sabah terus mengalir yang telah mencecah RM20bilion setakat suku pertama tahun 2022. Jumlah aliran modal ini akan terus bertambah, apabila duta-duta asing yang telah bertemu dengan Ketua Menteri secara rasmi, rata-rata menyuarakan syarikat-syarikat atau pemodal daripada negara mereka akan ke Sabah mendirikan kilang-kilang atau menjalankan perniagaan di Sabah.

Di dalam negeri pula, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan bukan sahaja perlu mengembangkan perniagaan mereka dalam negeri akan tetapi digalakan meneroka peluang-peluang di luar negara, seperti yang dirintis Kumpulan Yayasan Sabah yang menjalin kerjasama dengan pihak luar untuk memasarkan produk keluaran Sabah, termasuk keluaran pertanian.

Hajiji sebagai CEO kerajaan, dibantu oleh barisan kabinet yang tahu peranaan masing-masing dan sentiasa berfikiran di luar kotak.

Secara keseluruhan di semua peringkat, telah menghayati maksud Sabah Maju Jaya.

Sabah Maju Jaya yang merupakan slogan Jata Negeri sejak sekian lama diangkat sebagai nama pelan pembangunan Negeri Sabah bagi tahun 2021-2025, untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawab setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

Hala Tuju Sabah Maju Jaya berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, seterusnya memnadu arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

S membawa erti- Sektor Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan; M pula memabawa erti- Modal Insan & Kesejahteraan rakyat; dan J mewakili –Jaringan Infrastruktur & Kelestarian Hijau.

Rupanya, apabila Sabah dipimpin oleh pemimpin yang menggunapakai, action speak louder than words, membawa negeri dan rakyatnya ke mercu kejayaan. Hajiji adalah pemimpin seperti ubi diam tetapi bersisi. Ciri-ciri kepimpinan sebegini perlu diwarisi dan dicontohi generasi penerus.

Kepimpinan Hajiji perlu dijadikan sebagai penanda aras, kepemimpinan akan datang. Sebagai misalan, tidak pernah berlaku pada mana-mana kerajaan baik persekutuan mahupun negeri-negeri lain di negara ini, pandangan pelajar, mahasiswa, belia, dijadikan nota pada kertas kabinet. Tindakan seperti ini, menunjukkan kepimpinan Hajiji menggambarkan keterangkuman dan inklusiviti semua lapisan rakyat.

Penulis juga tertarik tindakan kerajaan yang julung kali menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri yang akan dilancarkan sedikit masa lagi. Tujuan tabung ini jelas untuk membuka seluas mungkin peluang anak-anak Sabah menimba ilmu.

Sabah akan terus melakar kemajuan dan pembangunan di masa hadapan, kerana asas dan dasar yang diletakan oleh kerajaan GRS-BN yang diterajui Hajiji. Bravo!!!!.

No comments:

Blog Archive