WARNA warni politik tanah air semakin rancak lagi, apabila blok politik terbaharu- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilancar secara rasmi pada 28 Mei, 2022 di Kota Kinabalu.
GRS yang sudah didaftar sebagai parti dianggotai Bersatu, PBS, STAR, SAPP dan USNO.
Gabungan tersebut pada awalnya adalah panggilan pada kerjasama antara BN Sabah, PN dan PBS semasa PRN-16 Sabah, akhirnya didaftarkan sebagai parti politik dan seterusnya menjadi blok politik terbaharu dalam negara.
GRS kemungkinan besar hanya menghadkan aktiviti politik di Wilayah Sabah sahaja, seperti mana GPS Sarawak.
Segregasi politik dalam negara berlaku impak PRU-14, selepas penguasaan Barisan Nasional berlabuh pada PRU-14.
Barisan Nasional (BN) dalam rangka bangkit semula, tidak sama lagi dengan BN semasa PRU-14, kerana parti itu hanya berbaki 4 parti komponen. Selain itu, tidak lagi bergiat di Sarawak, manakala di Sabah masih kekal, walaupun pendekatannya sedikit berbeza.
Kehadiran GRS dilihat mewakili semua segmen masyarakat di Sabah, baik lokaliti/kawasan, etnik dan agama, dan boleh menjadi parti naungan rakyat Sabah. Pun demikian, sejauh mana gabungan ini diterima rakyat berbilang kaum Sabah, sangat bergantung sokongan rakyat Sabah termasuk pada PRU-15 yang menjelang tiba.
Tidak dinafikan, gabungan ini masih bergelut mendapatkan sokongan di kawasan Semporna dan Lahad Datu, seperti mana keputusan PRN-16 Sabah. Akan tetapi, sifat politik Sabah yang pragmatik, mungkin keadaan itu sudah berubah, memandangkan pemerintahan GRS-BN Sabah dirasakan bersesuaian dengan aspirasi rakyat Sabah.
Kehadiran GRS, bukan mahu bersaing dengan BN Sabah, akan tetapi dua parti itu saling melengkapi, demi kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyatnya.
Kepemimpinan kerajaan yang diterajui Datuk Hajiji Haji Noor, menunjukkan keterangkuman/inkulsiviti semua lapisan masyarakat rentas etnik dan agama. Selain itu, pendekatan kerajaan yang mengwujudkan kemajuan dan pembangunan seimbang antar daerah/kawasan, kesamaan peluang untuk semua, sangat bersesuaian dengan harapan rakyat negeri.
Masa akan menentukan, apa kah GRS akan menjadi parti dominan bagi Sabah atau akan mengekalkan status quo, GRS-BN kekal berkongsi kuasa, akan tetapi bergerak sebagai satu pasukan, seperti mana GPS Sarawak. Sama-sama tunggu kehendak rakyat Sabah.
No comments:
Post a Comment