GRS bermula hanya sebagai nama kerjasama antara BN, PN dan PBS semasa PRN-16 Sabah pada September, 2020.
Nama gabungan tersebut diumumkan oleh mantan Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa mengiringi calon-calon bagi DUN Sulaman dan Pantai Dalit di Dewan Sulaman, Tuaran semasa penamaan calon PRN-16 pada 12 September, 2020.
Pada PRN-16 Sabah tersebut, gabungan tersebut diberi mandat oleh rakyat Sabah, apabila parti-parti gabungan menang 38 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan.
Pada mulanya kerajaan Sabah yang dibentuk dinamakan sebagai Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kemudiannya bertukar pada kerajaan GRS-BN Sabah pada 11 Mac, 2022.
Penukaran nama kerajaan tersebut, memandangkan parti tunjang BN- Umno tidak boleh menyertai gabungan tersebut apabila didaftarkan sebagai sebuah entiti politik kerana bertentangan dengan perlembagaan parti tersebut.
GRS juga berbeza dengan pendekatan blok parti-parti politik di negara ini, kerana blok baharu politik ini, mengatas namakan rakyat sebagai sandaran, bukan berasaskan parti atau pemimpin. Kerana pendekatan tersebut, maka gabungan ini dilihat mewakili semua segmen rakyat Sabah, rentas etnik dan agama, rentas lokaliti atau kawasan dan atau daerah.
Semasa melancarkan gabungan tersebut di Kota Kinabalu pada Sabtu, Pengerusi gabungan tersebut Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah, menekankan, bahawa gabungan tersebut beracuan lokal, menggunapakai formula tempatan, sebagai wadah perjuangan politik rakyat Sabah dalam kancah politik tanah air.
Hajiji semasa pelancaran gabungan tersebut mengimbau kembali sejarah perjalanan politik Sabah, yang sebahagian pemimpin tersebut masih lagi bergiat dalam arena politik, berkaitan kerencaman politik negeri, yang menjadi faktor para pemimpin berpecah dan dipecahkan, sehinggakan Sabah menyaksikan pergantian kerajaan yang silih berganti.
Pengalaman lalu tersebut, perlu dijadikan sempadan, dan tidak perlu diwarisi generasi penerus, atas sebab itu, pengwujudan GRS adalah ramuan menoktahkan semua liku-liku politik negeri Sabah, supaya negeri dan rakyatnya terus maju ke hadapan.
Menerusi GRS, semua lapisan rakyat diajak bersama-sama memajukan dan membangun negeri, untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan negeri.
Penulis melihat pendekatan Haiiji yang bersifat kebapaan, bersifat sebagai ketua keluarga, mempunyai keupayaan mengayumi semua lapisan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama, dan dapat menjadi contoh bagai mana sebuah keluarga besar bersatu, berpakat untuk memajukan dan membangun negeri.
Jika Sabah sebelum ini, pernah menobatkan BAPA KEMERDEKAAN SABAH, BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH, maka menerusi GRS, akan terwujud BAPA RAKYAT SABAH, dan pemimpin tersebut adalah DATUK SERI HAJIJI HAJI NOOR.
Sebagai Bapa rakyat, maka tiada sesiapa yang boleh meragui corak kepemimpinan beliau, kerana tiada sesiapapun akan terlepas daripada pembelaan.
SELAMAT MENUJU SABAH MAJU JAYA!!!!.
No comments:
Post a Comment