FAKTOR menarik pada GRS berbanding dengan blok politik tanah air, apabila mengambil kira awal-awal lagi penyertaan golongan muda berusia 18 tahun dan ke atas.
Pendekatan ini, menunjukkan keterangkuman/inklusiviti semua lapisan masyarakat. Ertinya dalam empat teras perjuangan parti itu- Sabah First; Sabah Forward; Sabah Prosfer,; dan Sabah United, telah memutuskan, selagi parti diberi mandat oleh rakyat, maka tiada siapapun rakyat negeri terlepas daripada pembelaan.
GRS yang berasaskan rakyat, bukannya pemimpin, bukannya parti, sudah membezakannya dengan blok-blok politik tanah air.
Selagi rakyat berpegang teguh pada pegangan agama masing-masing, adat resam masing-masing, mematuhi hubungan antara manusia, dan mengikut norma-norma sosial/peradaban manusia, garis panduan yang telah digariskan menerusi perjuangan GRS, penulis yakin, apa yang diharapkan Pengerusi GRS akan memenuhi harapan semua.
GRS bermatlamat tinggi, kerencaman politik Sabah perlu berakhir, perlu dijadikan sempadan, perlu dinoktahkan, kerana telah menjadi faktor memecah dan berpecah. Semua pihak telah mengakui, kerana perpecahan, maka kerajaan negeri silih berganti, penyebab kepada terbantutnya kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyat.
Para pemimpin GRS mengajak semua rakyat Sabah bersama-sama berjuang agar Sabah kuat bukan sahaja dalam arena politik, akan tetapi kuat bekerja, kuat mencari peluang-peluang untuk semua bidang demi SABAH MAJU JAYA.
No comments:
Post a Comment