MALAYSIA secara asasnya masih sebuah negara agraria. Kalau pun berlaku krisis, makanan tersebut adalah makanan tidak ditanam atau tidak tumbuh dalam negara.
Sebenarnya jika rakyat negara ini mengkonsumsi makanan tradisi, tidak akan berlaku krisis makanan.
Berlakunya krisis, kerana telah berubahnya selera. Perubahan selera ini, telah menyebabkan negara terpaksa membeli makanan yang dikeluarkan di negara asing dan dikatakan mencecah RM50bilion setahun.
Oleh kerana pengeluran barangan yang diimport tersebut terjejas, kerana pandemik Covid-19 kemudian diikuti perang Ukrine- Russia, maka kelam kabut lah negara, sehinggakan terpaksa memansuhkan semua Approved Permit (AP), berkaitan makanan, sebagai tindak balas untuk menambah stok makanan dalam negara.
Dalam segi stok makanan, mungkin negara berjaya, akan tetapi, apa kah rakyat berkemampuan membelinya? Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya sambung nafas sementara, demikian juga pengeluaran 10K KWSP.
Keputusan kerajaan dalam jangka pendek untuk meningkatkan jumlah wang ditangan rakyat, telah menyebabkan jumlah wang beredar cukup tinggi, dan pada masa sama nilai belinya menurun, dan atau nilai wang berkali ganda untuk mendapatkan barang dengan kuantiti yang tidak berubah.
Sudah menjadi kelaziman, apabila harga sesuatu barang telah naik, dan pada masa sama ada pembeli, maka harga barang tersebut tidak akan turun lagi.
Persoalannya sekarang, apabila pengguna tidak lagi mempunyai cukup wang, kerana suntikan wang tunai tiada lagi, dan terpaksa bergantung pada pendapatan biasa, maknanya, dengan disposable income yang sama, maka hanya dapat membeli barang dengan kuantiti yang berkurang.
Jika barang tersebut berkaitan makanan, maka terpaksa mengurangkan pengambilan, atau dengan kata lain mencatu makanan. Keadaan ini juga boleh dianggap krisis makanan, walaupun daripada segi stok, makanan yang diperlukan tersedia.
Dalam jangka pendek senario ini akan berlaku dalam negara, terutama pada rakyat yang bergantung pada jerih payah petani dan nelayan dan penanam sayur-sayuran atau yang bergantung makanan yang diimport.
Menanam padi memerlukan masa, demikian juga jagung, ubi-ubian, sayuran-sayuran apa tah lagi buah-buahan sebelum dapat dituai. Oleh kerana dasar stokfile makanan negara telah lama berorentasikan keluaran negara asing, maka apabila krisis berlaku, tidak dapat dapat mengelak tempias daripada krisis.
Ada lah sayang apabila modal-modal insan yang pernah dididik untuk menimba ilmu berkaitan pertanian, kurang diberi peranan atas sebab, negara mengutamakan produk industri yang bernilai tinggi, kerana keinginan menuju negara maju berasaskan industri-industri berat atau teknologi digital, dengan pertimbangan kos melepas daripada produk-produk tersebut yang boleh membeli barangan makanan semahunya, kerana nisbah keuntungkan daripada produk sedemikian berkali ganda berbanding produk berasas pertanian.
Memang diakui, daripada sekian banyak tanaman yang boleh ditanam dan tumbuh subur dalam negara, hanya kelapa sawit yang berdaya saing diperingkat global, walaupun rakyat negara ini tertempias dengan harga yang meroket.
Apabila krisis makanan berlaku, tiada siapa yang boleh disalahkan, kerana negara mana yang tidak mahu menjadi negara maju, berpendapatan tinggi, melalui produk yang bernilai berkali-kali ganda berbanding dengan produk makanan yang diimport.
Masalahnya, apabila makanan yang diperlukan oleh rakyat tidak tersedia,kalau pun tersedia, terpaksa membayar mahal...apa solusi KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA?
No comments:
Post a Comment