Menerusi projek tersebut, selain kerajaan Persekutuan juga mana-mana negeri yang diperintah parti lain perlu bersedia diambil alih oleh parti itu.
Di masa lalu, tiada negeri-negeri tidak dikuasai Umno atau Barisan Nasional (BN).
Pada masa ini, negeri-negeri tidak dikuasai Umno atau BN adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah serta Sarawak, manakala Sabah berkerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Negeri Johor dan Melaka dirampas semula menerusi PRN negeri, selepas negeri-negeri tersebut ditawan parti lain pada PRU-14.
Jika trend pengundian seperti pada PRN Melaka dan Johor, projek123 berpotensi berjaya termasuk pada PRU-15.
Umno atau BN, walaupun undi popular parti itu hanya 40% akan tetapi menang banyak kerusi, kerana impak sistem First Past The Post yang diamalkan negara.
Selagi pertembungan berbagai parti, selagi itu Umno dan BN mendapat kelebihan, kerana faktor jumlah ahli dan penyokong tegar yang lebih ramai berbanding parti-parti lain.
Parti-parti yang melawan parti itu bergantung pada pengundi pasif atau atas pagar. Pengundi dalam golongan ini, bukan mudah untuk keluar mengundi. Walaupun pengundi golongan ini keluar mengundi, akan juga memberi kelebihan pada Umno dan BN, kerana berlakunya pecah undi.
Selagi tidak berlakunya satu lawan satu, pada mana-mana pilihan raya, ada lah dilihat, parti-parti lain hanya menjadi peserta dalam pesta demokrasi.
No comments:
Post a Comment