Saturday, March 26, 2022

PRU-15: UMNO SABAH KEMUKA CALON BOLEH MENANG

CALON Umno Sabah pada PRU-15 peringkat parlimen, ada lah mereka yang disukai rakyat, atau dengan kata lain, mereka yang diminta akar umbi, bukan lagi seperti dahulu, akar umbi terpaksa “akur” atas kehendak parti.

Menurut Pengerusi Umno Sabah- Datuk Seri Bung Moktar Radin, pendekatan seumpama ini, bukan sahaja betul akan tetapi tepat.

Pada masa-masa lalu, didapati ada calon-calon mewakili parti tewas dalam pilihan raya, kerana calon-calon tersebut bukan pilihan akar umbi, akan tetapi dipaksakan pada mereka.

Menjelang PRU-15, Umno akan bertanding “along side” dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai rakan politik.

Antara Umno dan GRS, terutama di kawasan bumiputera islam, atau kawasan tradisi Umno, perlu perbincangan aras tinggi, atas sebab, semua kawasan yang dimenangi pada PRU-14, kecuali parlimen Kinabatangan, atas sebab mereka yang menang tersebut kini bersama GRS. Mereka ini masih relatif muda, dan mempunyai kedudukan dalam parti, malah kerajaan, dan diyakini akan mempertahankan kerusi yang disandang.

Umno Sabah sudah bertukar pada gear tinggi berhadapan dengan pilihan raya peringkat parlimen, yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Penulis melihat satu gambar yang dikongsikan oleh Pengerusi Umno Sabah petang jumaat (25 Mac, 2022) di laman FB beliau, pertemuan dengan Tan Sri Musa Aman, mantan Ketua Menteri Sabah. Pertemuaan itu jika jika berasaskan gambar, adalah terdiri daripada pemimpin Utama Umno Sabah.

Gambar menggambarkan 1001 satu makna,walaupun menurut Bung, “Alhamdulillah, setelah sekian lama UMNO Sabah dapat mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Musa Aman” (Perbualan berkisar isu-isu semasa”.

Musa, menghadiri PAU2021, ada lah isyarat mantan Ketua Menteri Sabah itu, kembali aktif dalam arena politik selepas berehat beberapa ketika. Sama-sama kita nantikan, perkembangan selanjutnya. Stay Tune!!!.

No comments:

Blog Archive