KERAJAAN gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan agar mengembalikan 40% hasil kutipan persekutuan daripada Sabah, seseperti mana dipersetujuai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Penegasan berkaitan komitmen kerajaan Sabah di bawah teraju GRS dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor pada sidang terakhir DUN Sabah pada khamis.
Penegasan tersebut adalah sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Kewangan Persekutuan- Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa peruntukan itu tidak lagi wujud.
Menurut Hajiji, kenyataan Zafrul itu hanya dari sudut pandang Persekutuan, akan tetapi daripada sudut pandang negeri, ianya masih berkuatkuasa, kerana ianya adalah sebahagian butiran MA63.
Kerajaan GRS tidak akan berhenti dan akan terus meyakinkan Kerajaan Persekutuan, bahawa setiap butiran dalam MA63 bukan sahaja perlu dipatuhi akan tetapi perlu dihormati.
Kerajaan Persekutuan perlu memahami, bahawa Sabah memerlukan peruntukan besar untuk membangun dan memajukan negeri, khususnya dalam penyediaan kemudahan asas pada rakyat, menaik taraf kemudahan pendidikan, kesihatan, malah untuk menyokong penyediaan peluang-peluang pekerjaan menerusi aktiviti perekonomian.
Sabah telah melancarkan Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan tiga teras utama iaitu memajukan sektor pertanian, sektor perindustrian dan sektor pelancongan. Tiga teras utama ini, memerlukan peruntukan kewangan yang cukup besar. Hakikatnya peruntukan kewangan boleh diperolehi samada melalui pelaburan swasta mahupun kerajaan.
Menerusi bayaran 40% hasil kutipan persekutuan tersebut, setidak-tidaknya Sabah mempunyai cukup wang untuk melabur pada tiga teras utama yang digariskan. Untuk mempercepat tiga teras utama ini menjadi penaraju utama perekonomian negeri, diperlukan sumber kewangan untuk mendokongnya.
No comments:
Post a Comment