Wednesday, December 29, 2021

PARTI WARISAN MENUNJU KEHANCURAN


Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal bernasib baik masih mempunyai wakil rakyat samada ahli parlimen mahupun ADUN. Selain itu, jika dilihat daripada segi jumlah kerusi, masih dikira sebagai parti terbesar di Sabah.
Walaupun demikian, parti itu hanya menunggu untuk tenggelam, kerana secara perlahan-lahan ditinggalkan pemimpinnya, juga penyokong di peringkat akar umbi.

Akan dibuktikan pada PRU-15 peringkat Parlimen, samada parti itu akan mencontohi parti-parti Sabah yang hanya tinggal kenangan.

Latar belakang politik Sabah, parti yang ditubuhkan tanpa asas yang kuat, selain misi yang tidak konsisten, akan lenyap mengikut masa, seperti mana berlaku pada Parti Berjaya. Penubuhan Warisan hampir sama dengan penubuhan Parti Berjaya yang tiada asas kukuh, hanya berpaksi isu-isu semasa.

Ada lah lumrah bagi politik Sabah, apabila parti kehilangan kuasa, secara perlahan-lahan kehilangan sokongan, kerana sifat politik Sabah itu masih bersandar pada politik pembangunan.

Parti PBS misalnya, jika “tidak mengalah” pada tahun 2002 menyertai semula kerajaan off the day, maka telah menghalang untuk dinoktahkan.

Latar belakang politik Sabah, tiada lagi parti yang pernah bangkit selepas gagal mendapat mandat rakyat untuk memerintah.

Peluang Warisan menjadi sebahagian daripada Kerajaan terbuka luas menerusi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Kerajaan Keluarga Malaysia (KKM), namun peluang tersebut disia-siakan, kerana sifat egoistik Datuk Shafie dan Timbalannya- Darel Leiking.

Dalam politik pembangunan yang diperlukan rakyat Sabah, tiada tempat bagi pemimpin atau parti yang menolak kemajuan. Rakyat memerlukan pembelaan, bukannya hanya terlopong dengan kata-kata boombastik para wakil rakyat yang berbekalkan air liur.

Shafie terlepas pandang pada rakyat yang menyokong beliau dan parti beliau, berbeza dengan kawasan-kawasan yang diwakili DAP dan PKR. Mungkin Shafie terpengaruh, mengapa DAP kekal menang di kawasan-kawasan bandar dan juga PKR, mengapa Warisan tidak boleh? Sedangkan perbezaan antara kawasan-kawasan itu ibarat antara langit dan bumi.

Selain itu, Shafie tidak mengambil kira keupayaan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang mempunyai pengalaman untuk membangun dan memajukan rakyat negeri hampir 20 tahun bersama-sama dengan kerajaan negeri, termasuk dalam era HALATUJU SABAH semasa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan mantan Ketua Menteri Sabah- Tan Sri Musa Aman. Dan kini berbekalkan pengalaman tersebut,  bersama-sama dengan para pemimpin GRS, bergerak dan terus bertindak membangun dan memajukan negeri secara menyeluruh, tanpa melihat pada latar belakang rakyat, termasuk lah memberi peruntukan sama rata bagi semua wakil-wakil rakyat tanpa melihat parti yang diwakili.

Para wakil rakyat GRS, bergandingan searah, untuk memajukan dan membangun kawasan masing-masing sesuai dengan visi kerajaan Sabah Maju Jaya pada tahun 2025.

No comments:

Blog Archive