Wednesday, December 29, 2021

PRU-15 AKAN NAMPAK PARTI MANA YANG DOMINAN DI SABAH?

AKAN terlihat, pada PRU-15 peringkat parlimen, parti mana yang menjadi parti dominan di Sabah.

Untuk sementara, tiga parti dilihat bersaing untuk menang seberapa banyak kerusi, iaitu Umno, Bersatu dan Warisan. Selain itu, di kawasan KDM antara PBS dan STAR. Bagi kawasan cina pula, DAP dlihat masih dominan.

Daripada 25 kerusi parlimen tersebut, 12 kawasan bumiputera islam, 9 bukan islam, 3 kawasan cina dan 2 campuran.

Oleh kerana kebarangkalian pertembungan antara parti-parti, tidak terkecuali antara PBS dan STAR, maka akan terlihat antara Umno, Bersatu dan Warisan, antara PBS dan STAR, akan mana kah parti yang bakal menjadi parti dominan bagi etnik yang diwakili.

Di kawasan bumiputera islam, sudah tentu antara tiga parti, Umno, Bersatu dan Warisan. Manakala di kawasan bumiputera bukan islam antara PBS dan STAR. Parti-parti lain yang berasaskan KDM termasuk UPKO dan PBRS, dan mungkin parti baru yang ditubuhkan Datuk Peter Anthony dilihat tidak akan memperlihatkan impak besar.

Walaupun parti Warisan diperkirakan menunju kehancuran, namun di kawasan-kawasan tertentu seperti Semporna, Lahad Datu, Batu Sapi serta Kudat, selain Sepanggar akan memberi saingan pada Umno dan Bersatu. Kehadiran Warisan, menambah ketidak tentuan, bagi Umno dan Bersatu di kawasan-kawasan yang ditandingi.

Di atas kertas, persaingan memang jelas antara Umno dan Bersatu. Parti mana yang bakal menang kerusi sangat bergantung pada calon masing-masing dan kawasan-kawasan yang ditandingi. Sukar meramal, antara Umno dan Bersatu, kerana isu yang berlainan.

Jika di Sarawak, kentalnya sokongan pengundi negeri tersebut pada parti-parti tempatan, tidak akan berlaku di Sabah, memandangkan perbezaan yang amat ketara. Umno dan Bersatu, walaupun bukan parti tempatan, tetapi dianggap mewakili parti tempatan, kerana sedang memerintah negeri.

Pada PRU-15 hanya akan menentukan parti mana bakal membentuk kerajaan Persekutuan. Walaupun demikian, di Sabah pengundi akan melihat pemimpin yang menerajui kerajaan negeri. Pada kebiasaannya pengundi Sabah akan melihat pada pemimpin yang menerajui kerajaan, seperti mana berlaku, pada era kerajaan PBS antara tahun 1985-1990.

Memang malang, bagi Umno dan Bersatu terpaksa bertembung antara satu sama lain walaupun bersama-sama memerintah menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kerana pendirian parti masing-masing di peringkat pusat, yang tidak sanggup berkompromi. Antara Umno dan Bersatu persefahaman hanya di peringat negeri, melibatkan pilihan raya dewan undangan negeri (DUN) bukannya di peringkat parlimen.

Penulis bimbang, jika pertembungan antara Umno dan Bersatu tidak dapat diurus dengan baik, boleh membawa padah, yang membolehkan parti lain pula yang menang pada kawasan-kawasan yang sepatutnya boleh dimenangi samada daripada Umno atau Bersatu.

Pemimpin Umno Sabah dan Bersatu Sabah, walaupun terikat dengan keputusan pimpinan pusat, perlu mengambil iktibar persefahaman dalam GRS, untuk maksud menang-menang, dan perlu berpandukan, kita kita juga ba ini... Fikir-Fikirkan...

No comments:

Blog Archive