Thursday, December 30, 2021

AKAN TERKUBUR KAH PARTI WARISAN?

NAFSU, apabila tidak dapat diurus, membawa padah. Jika benar lah alasan Naib Presiden Parti Warisan- Datuk Peter Anthony keluar daripada parti berlogo kapal layar tersebut kerana keputusan parti itu mengembangkan sayap ke Semenanjung.

Hakikatnya, bukan sahaja Peter, sebahagian besar rakyat Sabah tahu, bahawa Warisan ditubuhkan untuk Sabah sahaja, itu lah alasan yang diberikan Datuk Shafie Apdal semasa melancarkan parti itu pada tahun 2016. Atas sebab alasan itu, maka mereka mencipta slogan “Sabah Kita Punya”. Slogan tersebut yang dijajah di Sabah termasuk lah pada PRU-14. Kerana slogan tersebut, maka parti itu berjaya menafikan penguasaan Barisan Nasional (BN), untuk mendapatkan majoriti mudah.

Slogan Sabah Kita Punya, walaupun tidak diterima sebahagian besar rakyat Sabah, tetapi Warisan muncul sebagai parti yang menang kerusi terbanyak pada PRN-16 Sabah, berbanding PN dan BN.

.Kini, selepas setahun PRN-16 Sabah, Parti Warisan yang mempuyai 23 kerusi DUN, berbaki 17, apabila 5 ADUN meninggalkan parti itu, sementara satu DUN lagi masih kosong, kerana penyandangnya telah meninggal dunia.

Apa yang menjadi pukulan teruk pada Warisan, mereka yang keluar parti itu, adalah mereka yang berkedudukan dalam parti. Ibarat, rumah panggung, tiang-tiang telah tercabut, maka senget lah rumah itu, menanti menyembah bumi.

Pergolakan dalam parti Warisan, bukan sahaja melemahkan parti itu, akan tetapi menunju kehancuran. Dengan kehancuran parti itu, maka telah membantu mengurangkan kekuatan parti pembangkang, kerana parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) dilihat sudah mencapai titik tepu pada PRU-14, dan kini, semakin hari kehilangan sengatan, dan sokongan. Dua pilihan raya umum negeri, Negeri Melaka dan Negeri Sarawak, telah membuktikan, bahawa PH, ditolak rakyat.

Berhadapan dengan PRU-15, peringkat parlimen di Sabah, nampak gayanya, perebutan kerusi hanya terbuka untuk Umno dan Bersatu, atau antara BN dan PN, bagi kawasan-kawasan bukan majoriti cina. Tidak dinafikan, Shafie masih menang di Semporna dan Darel di Penampang, manakala yang lain, akan tercatit sebagai bekas wakil rakyat.

Hakikatnya undi yang diberikan pada Parti Warisan, hanya kerana faktor sentimen. Apabila sentimen berjaya dineutralisasi, maka dengan sendirinya sokongan berkurangan dan seterusnya berlalu.

Rakyat Sabah kini, umumnya memandang tinggi pada Kerajaan GRS, kerana tindakan proaktif pada keperluan rakyat, selain mengorak langkah memajukan negeri menjelang tahun 2025, menerusi VISI SABAH MAJU JAYA.

Pun demikian, ada lah sungguh malang, jika parti-parti dalam gabungan tersebut terpaksa bertembung, kerana faktor politik, bukannya kerana kepentingan rakyat.

No comments:

Blog Archive