Saturday, November 27, 2021

PRN KE-12 SARAWAK: SELEPAS BERSATU, BN JUGA TIDAK MELETAKKAN CALON


NAMPAKNYA, Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), menjadi anak bulan bagi Barisan Nasional (BN) dan Bersatu kerana keputusan tidak akan meletakkan sebarang calon pada PRN ke-12 Sarawak.

Samada Bersatu mahupun BN, yakin dengan sokongan rakyat Sarawak terhadap GPS.

Walaupun Bersatu yang merupakan parti utama Perikatan Nasional (PN) akan tetapi mungkin tidak dapat menghalang parti komponen parti Pas menyertai pilihan raya tersebut.

PAS Sarawak, sudah awal-awal menyatakan akan meletakkan calon-calon pada pilihan raya negeri Bumi Kenyalang yang bakal berlangsung pada 18 Disember depan.

Untuk rekod, walaupun Pas kerap menyertai pilihan raya di negeri tersebut, akan tetapi tidak pernah menang sebarang kerusi.

Pada PRN ke-11 Sarawak tahun 2016 yang diketuai Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, parti-parti Sarawak pada masa itu masih menggunakan logo Dacing (BN) telah menang 72 kerusi daripada 82 yang dipertandingkan, bakinya dimenangi DAP ( 7 kerusi) dan PKR (3 kerusi).

Pada PRN kali ini, walaupun GPS menggunakan logo GPS untuk pertama kali, akan tetapi bukan menjadi halangan bagi gabungan tersebut menang besar, memandangkan pengundi Sarawak tidak terikat pada LOGO melainkan pada parti masing-masing.

GPS yang diwujudkan sejak tahun 2018, ada lah memadai bagi para ahli, penyokong akar umbi dan tegar mengenal logo gabungan tersebut.

Pada PRN Sarawak, parti-parti yang bersaing adalah PKR, DAP dan Amanah, yang tidak menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) sebaliknya logo masing-masing. Melihat senario politik tanah air, ditambah kemungkin rendahnya peratusan pengundi yang keluar mengundi, nampak gayanya, mungkin hanya DAP boleh menang beberapa kerusi bandar, majoriti kaum cina.

Kemenangan bagi GPS bukan isu, kerana diperkirakan akan menang besar melebihi 2/3, malah akan menawan kerusi-kerusi yang dimenangi PKR pada PRN ke-11.

No comments:

Blog Archive