Saturday, November 27, 2021

GRS PATUT SEPERTI GPS


GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) patut seperti Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS).

GPS sudah menjadi anak bulan bagi Barisan Nasional (BN) dan Bersatu, kerana kedua-dua parti tersebut yakin dengan sokongan rakyat Sarawak terhadap gabungan tersebut.

Sebenarnya, status yang sama juga dimiliki GRS, kerana telah terbukti, gabungan tersebut mempunyai sokongan rakyat Sabah.

Sudah tiba masanya rakyat Sabah diberi kebebasan seperti rakyat Sarawak menentukan hala tuju politik sendiri.

Cadangan mendaftarkan GRS sebagai sebuah parti, perlu dilaksanakan, demi kestabilan politik Sabah.

Apa yang berlaku pada PRN ke-15 Melaka, tidak perlu berlaku di Sabah, kerana latar belakng komposisi penduduk yang jauh berbeza.

Sabah memerlukan medan politik seperti GRS, agar tidak berlaku pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya. Pertembungan sesama sendiri, akan melebarkan jurang antara etnik, dan ini, tidak sesuai bagi rakyat majemuk seperti Sabah.

Kaedah pecah dan perintah, sudah sampai masanya dinoktahkan. Semua kita tahu akibat kaedah tersebut, ada lah penyebab, mengapa kemajuan Sabah terbantut.

Cuba bayangkan, Sabah hanya merdeka pada tahun 1963, tetapi sudah 16 kali mengadakan pilihan raya, berbanding Melaka hanya 15 kali, sedangkan lebih awal merdeka.

Penulis tidak pasti apa halangan, mengapa GRS sukar didaftarkan. Jika membaca kenyataan Presiden STAR Sabah, halangan adalah “persetujuan” sebulat suara daripada parti-parti.

Pemimpin mana kah yang “kurang” berminat dengan pendaftaran GRS sebagai sebuah parti, sehingga kini tidak diluahkan pada umum, termasuk Datuk Dr Jeffery enggan menyebutnya.

GRS disertai Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dengan ikatan hanya berbentuk persefahaman (MOU).

Setakat ini, seorang wakil rakyat Umno yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Sabah dan pengerusi Backbencer GRS- Datuk Salleh Tun Said telah mencadangkan agar GRS didaftarkan sebagai sebuah parti.

No comments:

Blog Archive