Sunday, November 28, 2021

JUSTIFIKASI GRS SEBAGAI PARTI


SETIAP parti perlu dilihat daripada segi keahlian. Kerana keahlian itu lah berbagai parti berebut di kolam yang sama. Akibat perebutan, maka timbul berbagai konflik. Untuk mengelak konflik itu, maka memerlukan satu parti yang merangkumi semua kepentingan berbagai parti.

Di negara kita, isu utama adalah sungguh banyaknya parti yang cuba menjadi jagoan daripada satu kolam, tidak seperti di Amerika, pengundi hanya ada dua pilihan, samada Demokrat atau Republikan. Kerana misi menjadi jagoan, maka hasilnya pengundi daripada kolam yang sama terpecah-pecah pada kumpulan kecil. Impaknya, pengundi atau rakyat daripada kolam ini sentiasa berhadapan dengan situasi menang sorak kampung tergadai.

Pengwujudan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semasa PRN-16 Sabah walaupun hanya berbentuk persefahaman yang membolehkan berbagai parti bernaung, walaupun berlaku pertembungan sesama sendiri di berapa kawasan antara calon-calon, akan tetapi telah menghasilkan jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. Cuba bayangkan, jika tiadanya persefahaman, keputusan PRN-16 Sabah, tiada sebuah parti pun mempunyai majoriti mudah membentuk kerajaan.

Keputusan PRN-16 Sabah adalah justifikasi mengapa GRS perlu didaftarkan sebagai sebuah parti. Ada lah lebih baik mengambil keputusan pada sesuatu yang nyata dan fakta, berbanding “harapan” atau “anggapan” bahawa sesebuah parti itu “bakal” mendapat sokongan di masa hadapan.

“Tiada kajian yang boleh digunapakai jika melibatkan sokongan pada sesebuah parti politik, melainkan hanya hasil daripada pilihan raya”.

Sabah memerlukan parti seperti GRS, untuk sokongan yang kukuh dan mantap, kerana parti seumpama ini adalah medan meminimakan perpecahan. Selain itu, parti-parti yang bergabung tidak lagi perlu memikirkan perebutan sokongan daripada kolam yang sama, kerana bergerak sebagai sebuah entiti dan sepasukan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive