Friday, December 03, 2021

BAJET TAHUN 2022 SABAH: APA KAH ADA KEJUTAN?


WALAUPUN dirasakan, kandungan bajet negeri Sabah bagi tahun 2022 tidak jauh berbeza berbanding dengan bajet-bajet sebelum ini, namun kebarangkalian adanya kejutan, bersesuaian dengan pasca PANDEMIK COVID-19.

Bajet Sabah mula mencecah angka RM4bilion pada tahun 2012, dan berlegar-legar pada angka itu sehingga bajet tahun 2021.

Apa kah bajet tahun 2022, julung kalinya mencecah RM5bilion? Kebarangkalian itu ada, kerana adanya tambahan perolehan 5 peratus cukai jualan petroleum.

Berkaitan sasaran bajet tersebut sudah tentunya menyokong Visi Negeri- Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025.

Walaupun kandungan bajet akan serupa seperti bajet-bajet lalu, akan tetapi setiap tahun, ada sahaja kejutan yang bakal dibentangkan. Kejutan tersebut, sudah tentunya untuk manafaat rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kewangan negeri akan membentangkan bajet bagi tahun hadapan di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) pada pukul 3 petang ini. Pembentangan tersebut dapat diikuti secara live menerusi facebook Ketua Menteri sebut. Diharapkan pada kali ini, juruteknik, dapat mengatasi suara, kerana pada pembentangan tahun lalu, suara tidak berapa jelas.

Rakyat yang terkesan pandemik Covid-19, sekarang ini sedang berhadapan dengan kecairan tunai ditambah lagi dengan kenaikkan harga barang berkali ganda (boleh disebut isu tiga serangkai), akan ada kah cadangan menerusi bajet tersebut?, sekurang-kurangnya dalam masa jangka pendek, sebagai upaya mengurangkan kesan isu tiga serangkai tersebut khususnya untuk mereka yang tergolong B40 dan miskin.

Diyakini juga, bantuan-bantuan lain akan diteruskan, seperti bayaran one-off kepada anak-anak Sabah yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi, selain bantuan peranti sokongan pembelajaran seperti komputer riba.

Apa yang pasti, bajet yang bakal dibentangkan, akan merungkai bagai mana menambah baik kemudahan asas rakyat seperti bekalan air bersih, selain keperluan mendesak di peringkat daerah atau kampung menerusi bajet khas. Kebarangkalian bajet khas tersebut, tidak hanya terhad di Jabatan Ketua Menteri, akan tetapi kementerian-kementerian lain? Jika ini menjadi kenyataan, maka ianya merupakan satu pembaharuan... 

Apa kah juga dalam bajet tersebut bakal ada strategi untuk membuka peluang pekerjaan, sebagai tindak balas ramainya graduan negeri yang masih tercari-cari kerja?  atau kah ada polisi baharu berkaitannya diperkenalkan? sama-sama kita nantikan. Stay tune.

No comments:

Blog Archive