Saturday, December 04, 2021

BAJET SURPLUS SABAH BERTERUSAN


MAKSUD bajet surplus adalah perbelanjaan rendah berbanding kutipan hasil. Mengapa kerajaan memilih bajet surplus? Tujuannya selain simpanan wang kerajaan bertambah, juga mengekalkan penarafan status kewangan negeri. Dalam keadaan demikian, jika kerajaan menerbitkan bon atau surat berharga akan berkos rendah.

Perbelanjaan kerajaan, selain untuk perkhidmatan atau tanggungan juga untuk pembangunan. Jika kerajaan memilih bajet surplus, ertinya kerajaan tidak push perbelanjaan tanggungan atau pembangunan, kerana bertindak sesuai dengan kemampuan.

Dalam keterkaitan dengan tanggungan, kerajaan tidak agresif menambah kakitangan awam atau menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan untuk menampung mereka yang sedang mencari pekerjaan. Demikian juga berkaitan pembangunan, kerajaan kurang berbelanja untuk membina kemudahan baharu.

Memajukan sesebuah negeri, selain bergantung pada perbelanjaan kerajaan juga pelaburan pihak swasta. Kerajaan boleh berbelanja sebagai maksud pelaburan sebagai pemangkin pihak swasta melabur.

Contoh tipikal masa lalu. Koperasi Pembangunan Desa (DESA). Menerusi penubuhan koperasi tersebut maka telah menarik industri pengilangan minuman, seperti susu segar, minuman kotak di Sabah selain industri peternakan. Demikian juga pengwujudan anak syarikat Ko-Nelayan- Safma (Sabah Fish Marketing Sdn Bhd) telah menarik pelabur dalam industri perikanan, dan akhirnya keluaran laut negeri menjadi barangan eksport.  Selain itu pengwujudan Warisan Harta, sudah terlihat sebagai pemangkin pada industri dan juga perekonomian negeri.

Mengikut Bajet Sabah tahun 2022, pengwujudan lapangan kerja, menerusi projek mega kerjasama kerajaan dan swasta. Projek-projek sedemikian dipandang sebagai pemangkin perekonomian negeri. Manakala projek kecil kemudahan awam masih berterusan khususnya di luar bandar, apabila peruntukan Jabatan Ketua Menteri lebih setengah bilion ringgit.

Bajet Sabah bagi tahun 2022 yang berjumlah RM4.596 bilion merupakan bajet berterusan melepasi empat bilion ringgit sejak tahun 2012. Sebelum ini, penulis mengunjurkan, kemungkinan bajet bagi tahun depan julung kali melepasi lima bilion ringgit, namun ramalan itu tidak menjadi kenyataan, walaupun kutipan hasil bagi tahun 2021 dianggarkan berlegar pada angka tersebut.

Melihat perkembangan ekonomi Sabah, KERANA dibantu landasan yang kukuh yang telah diletakan sejak tahun 2003, menerusi HALATUJU SABAH, kemudian menjadi SABAH MAJU JAYA pada Mac, 2021 bajet melepasi angka lima bilion mungkin dibentangkan untuk tahun 2023.

Sebenarnya, ekonomi Sabah boleh berkembang lebih laju lagi, jika kerajaan mengambil pendekatan melabur memanfaatkan sumber negeri, dengan mengwujudkan syarikat yang berorentasikan industri berimpak tinggi untuk pasaran luar negara. Sabah tidak kekurangan tenaga kerja bertauliah, kerana masih ramainya anak-anak Sabah berkelayakan seperti jurutera, perakunan, ekonomi, masih tidak dapat menggunakan kelayakan mereka, kerana terpaksa bekerja bukan pada bidang profesi masing-masing.

Belum terlambat bagi Sabah bergerak agresif memanfaatkan modal insan yang ada. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive