Sunday, December 05, 2021

APA KAH PARTI DOMINAN SUDAH BERLALU?


KALAU berpaksi pada PRU-14, memang benar penguasaan parti dominan sudah berlalu. Senario itu juga dibuktikan menerusi PRN ke-16 Sabah pada September lalu. Namun, kemenangan 18 kerusi parti Umno menerusi PRN-15 Melaka, telah menyangkal dua keputusan sebelumnya.

Hakikatnya, tiada sebuah parti politik menolak sebagai parti dominan. Pada PRN-12 Sarawak yang bakal berlangsung pada 18 Disember ini, PBB sebagai parti dominan akan membuktikan sekali lagi, kehadiran parti dominan masih relevan.

Masih terlalu awal mengatakan bahawa penguasaan parti dominan sudah berlalu, kerana sifat politik itu sendiri sangat dinamik.

Memang benar, penguasaan parti dominan akan berlaku pemusatan kuasa. Akan tetapi, jika mereka yang berkuasa tersebut, mampu mengurus kuasa dengan baik, selain menjamin tidak berlakunya salah guna kuasa oleh pucuk pimpinan, maka parti dominan diperlukan demi kestabilan politik.

Impak PRU-14, menjadikan politik tanah air menjadi dinamik. Keputusan PRU itu juga telah menyedarkan ramai pemimpin untuk tidak mengulangi apa yang telah berlaku. Selain itu, telah mengubah pendekatan, kerana para pemimpin utama, sudah bersedia menerima kritikan, sanggup meraikan perbezaan, walaupun belum secara total.

Pada hakikatnya, tiada salah dan silap berkaitan parti dominan. Isunya hanya pada pemimpin utama parti. Apabila pemimpin utama “memilik negarakan” amanah yang diberikan, dan menterjemahkan “pemusatan kuasa” sebagai kuasa mutlak, maka berlakulah “tiada semak dan imbang” kerana faktor “tiada yang berani menyongsang arus”. Mereka ini lebih gemar “sebagai pengelipur lara” berbanding menyatakan sesuatu yang benar dan fakta. Impaknya pada keseluruhan parti, apabila meminta mandat pada rakyat. Keadaan ini lah yang berlaku pada Umno, apabila kehilangan kuasa pada PRU-14. Apa yang berlaku pada parti itu ,kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit, dan akhirnya kerana nila setitik susu sebelanga rosak binasa.

Pada PRU-15, akan dibuktikan apa kah parti dominan diberi mandat diperingkat Persekutuan? Atau kah parti dominan hanya terhad pada negeri-negeri tertentu atau wilayah?

No comments:

Blog Archive