Thursday, November 25, 2021

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) WAJAR DIDAFTAR SECARA RASMI


DEMI mengelak keliruan rakyat, maka Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sedang memerintah negeri Sabah wajar didaftarkan sebagai sebuah parti.

Dengan mendaftarkan gabungan tersebut sebagai sebuah parti, maka akan memperkukuh dan atau memperjelas struktur organisasi dalam gabungan tersebut.

Walaupun gabungan tersebut dianggotai Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang bertembung pada PRN-15 negeri Melaka, tidak harus menjadikan pertembungan tersebut untuk memecahkan gabungan yang diwujudkan semasa PRN ke-16 Sabah September tahun lepas.

Kehadiran GRS sangat bersesuaian dengan politik Sabah, yang sangat berbeza pendekatannya dengan politik Semenanjung.

Pada PRN-16 Sabah, walaupun gabungan tersebut terwujud hanya berasaskan persefahaman, akan tetapi pengundi Sabah menerima konsep tersebut, dan melihatnya sebagai sebuah entiti. Atas sebab itu, mana-mana parti yang bergabung di dalamnya, tidak dapat berdiri sendiri, melainkan perlu saling menyokong untuk mendapat sejumlah kerusi yang membolehkan menubuhkan kerajaan.

Para pemimpin parti yang bergabung dalam gabungan tersebut, perlu mengambil iktibar keputusan rakyat Sabah pada pilihan raya tersebut, bukan sebaliknya. Pada hakikatnya rakyat Sabah secara umumnya, mahukan GRS bergerak sebagai sebuah parti.

Sokongan mantan-mantan wakil rakyat parti Warisan pada gabungan tersebut, menunjukkan, bahawa gabungan tersebut dipandang sebagai “parti” yang memenuhi cita rasa rakyat Sabah.

Setakat ini, hubungan antara parti-parti dalam gabungan tersebut hanya berbentuk MOU (persefahaman).

Tidak pasti apa kah para pemimpin parti-parti yang bergabung dalam GRS berkecenderungan mendaftarkan gabungan tersebut secara rasmi, akan tetapi pandangan Pengarah Pilihan raya Barisan Nasional Sabah yang juga Pengerusi Backbencer kerajaan GRS- Datuk Salleh Tun Said telah sampai masanya gabungan tersebut didaftarkan, agar tidak berulang apa yang berlaku pada PRN-15 Melaka perlu diperhalusi semua pihak dalam gabungan tersebut. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive