Thursday, November 25, 2021

ISYARAT DARI MELAKA


JIKA diamati dengan cermat, keputusan PRN ke-15 Negeri Melaka telah menunjukkan perubahan nisbah sokongan kaum terhadap parti-parti politik utama yang bertanding.

Pada PRN kali ini, nampaknya kaum cina kekal bersama DAP (PH),manakala kaum india menukar kecenderungan yang amat ketara, apabila kembali pada Barisan Nasional (BN).

Bagi kaum melayu pula, kecenderungan sokongan samada BN atau PN, manakala PH hampir diketepikan. Mengapa pula BN menang dan PN kalah? Faktornya, sangat dipengaruhi nisbah yang keluar mengundi berpandukan umur.

Pada PRN kali ini, pengundi yang berumur mendominasi peti undi berbanding yang muda.

Mengapa yang berusia memlih BN? Sebabnya mereka samada ahli parti ataupun penyokong akar umbi dan tegar. Manakala yang muda pula, ada lah pengundi atas pagar.

Pada PRN ini juga, tidak terbukti hipotesa, bahawa melayu akan bertaut semula, jika isu yang berbangkit reda, sebaliknya, belaku pula perubahan politik yang amat ketara.

Cuba bayangkan, jika peratusan yang keluar mengundi tinggi, misalnya atas 80 peratus, apa yang bakal berlaku, berasaskan tren tersebut pada PRN Melaka?

Kita tahu, walaupun BN hanya mendapat undi popular kurang 40 peratus, akan tetapi menang 75 peratus kerusi yang dipertandingkan, hanya kerana sumbangan pengundi peringkat akar umbi dan penyokong tegar.

Keputusan PRN Melaka jika berpandukan tren pengundi berasaskan peringkat umur, pengundi berumur atas 40 tahun, 70 peratus memilih BN, manakala PN 20 peratus. Pengundi bawah umur 39 tahun pula 70 peratus memilih PN, manakala BN 20 peratus.

Menerusi tren ini, menunjukkan bahawa pada PRN Melaka, telah berlaku kecenderungan perubahan politik bagi kaum melayu yang amat ketara. Pertanyaannya, apa kah tren ini menyeluruh? Jika ya, maka, kehadiran PN tidak boleh dipandang sebelah mata.

Apa kah strategi rendahnya peratusan keluar mengundi akan berterusan pada PRU-15? Mungkin ya mungkin tidak, ianya sangat bergantung kapan PRU-15 diadakan.

Barisan Nasional mengakui, jika peratusan keluar mengundi rendah, maka menguntungkan parti itu, berbanding sebaliknya.

Mungkin kah PRU-15 diadakan sebelum Julai 2022? Jika ya, maka BN dapat memanfaatkan feel good factor, selain faktor ketakutan keluar mengundi bagi pengundi atas pagar kerana khuatir ancaman Covid-19.

No comments:

Blog Archive