TIADA kumpulan parti yang dilihat lebih unggul, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Ada lah sukar meramal, antara BN, PH dan PN, pihak mana kah yang mencapai 15 kerusi sebagai syarat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.
Di atas kertas, jika berasaskan keputusan PRU-14, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, maka memberi kelebihan pada PH, namun situasi politik sudah berubah.
Pada PRU-14, PH masih bersama Bersatu dan kumpulan Azmin Ali, BN pula dianggotai 13 parti komponen, manakala PN belum wujud.
PRN Melaka menarik perhatian rakyat, kerana dianggap sebagai cerminan PRU ke-15 akan datang.
Selain itu juga, akan dilihat bagai mana kah BN dan PN menyertai pilihan raya tersebut.
Setakat ini, baik BN mahupun PN masih terbuka pada sebarang kerjasama, walaupun sebelum ini, Presiden Umno sangat lantang tiadanya kerjasama antara parti itu dengan Bersatu.
Kelunakan pendirian Umno terlihat selepas pelancaran Jentera pilihan raya PRN Melaka parti itu, menerusi kenyataan Presiden bahawa sebarang kerjasama dengan parti lain belum muktamad, sehingga MKT parti memutuskan sebelum penamaan calon pada 8 November depan.
Manakala di pihak PN, menerusi Setiusaha Agungnya, kerjasama dengan Umno atau BN masih terbuka, dan akan ditentukan sebelum penamaan calon.
Sebelum ini, Pengerusi PN-Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dalam satu ulasan, jika BN terutama Umno kekal enggan bekerjasama, maka PN akan mengguna pakai strategi sendiri untuk menghadapi PRN Melaka dan PRU 15 akan datang.
Dalam perkembangan yang sama, parti Pas teguh dengan pendirian, agar pertembungan tiga penjuru tidak berlaku, sebagai upaya mengekang PH mendapat kelebihan.
Sejauh mana kah kejayaan Pas mendamaikan antara Umno dan Bersatu, akan dilihat pada keputusan masing-masing parti itu sebelum 8 November. Sama-sama kita nantikan...
No comments:
Post a Comment