Wednesday, October 20, 2021

KES BERKAITAN GHAZALIE ANSING TUGAS SPRM

TERSANGAT jelas, mana-mana siasatan, serbuan, tangkapan atau seseorang dihadapkan ke mahkamah kerana isu rasuah, adalah tugas SPRM, dan tiada kait mengait dengan politik, walaupun ada pihak beranggapan demikian, akan tetapi sehingga kini, tiada sebarang kes SPRM membuktikan pengelibatan pemimpin politik.

Persepsi tindakan SPRM adalah tindakan terpilih juga, tiada bukti yang menyokong, kerana suruhanjaya itu jelas dengan matlamat penubuhannya.

Dakwan blog tertentu kononya ada serbuan SPRM pada kediaman Ghazalie Ansing Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd, anak syarikat penuh Qhazanah (dulu dikenali sebagai Warisan Harta) jika benar hanya terhad pada individu berkenaan, tiada hubung kait dengan anutan politik, atau keterkaitan dengan pemimpin politik.

Dakwaan individu tertentu yang tidak jelas siapa, kononnya, serbuan tersebut berunsur politik yang dikaitkan dengan pemimpin utama Bersatu Sabah, dan Umno Sabah, ada lah cubaan melaga-lagakan dan menangguk di air keruh berkaitan dengan tindakan SPRM tersebut.

Jikapun ada serbuan SPRM, ianya merupakan tindakan biasa, apabila mendapati ada perbuatan-perbuatan yang tidak selari dengan polisi kerajaan yang dilakukan oleh pihak yang diamanahkan.

Tiada pemimpin yang bakal bersetuju dengan tindakan melanggar undang-undang, dan jika itu berlaku, SPRM tidak pandang bulu, akan melakasanakan siasatan, serbuan, tangkapan dan seterusnya menghadapkan ke mahkamah. Walaupun semua proses itu dilaksanakan, seseorang itu kekal TIDAK BERSALAH selagi mahkamah belum memutuskan bersalah.

Jangan kerana seseorang ditangkap atau disiasat, apa tah lagi belum jelas duduk perkaranya, maka terus dihukum, sedangkan sebelum seseorang itu didapati bersalah, proses undang-undang hendaklah dilalui terlebih dahulu.

Mengaitkan ucapan Datuk Hajiji Haji Noor suatu masa yang lalu, sebelum pun wujudnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS), belum pun wujudnya kerajaan yang diterajui GRS, kononnya mempunyai hubungkait dengan serbuan SPRM tersebut, adalah dakwaan gila daripada individu tersebut.

Jangan keruhkan hubungan antara pemimpin Umno Sabah dengan pemimpin Bersatu Sabah, kerana tindakan seseorang yang diluar kawalan mana-mana daripada mereka.

Penulis yakin, jika tindakan individu tersebut benar, maka kepimpinan kerajaan negeri Sabah, bukan sahaja kecewa, akan tetapi marah,kerana perbuatan tersebut adalah unsur SABOTAJ proses SABAH MAJU JAYA.

Segenap kepimpinan GRS Sabah menaruh harap pada sistem telekomunikasi yang canggih, kerana kemudahan internet sudah menjadi salah satu kemudahan asas rakyat disamping kemudahan bekalan air bersih, kemudahan elektrik dan kemudahan jalan raya.

Penulis yakin, sebarang tindakan SPRM, adalah membantu kerajaan GRS agar bebas daripada unsur-unsur SABOTAJ, agar tidak berlanjutan, seperti mana kehilangan DANA KKLW untuk Sabah sedikit masa lalu. Nota: Artikel dalam blog freemalaysiabaru.wordpress,com/2021/10/19 dikatakan palsu.. dan menunggu individu terbabit membuat penafian atau membuat laporan polis kerana difitnah).

No comments:

Blog Archive