Tuesday, October 19, 2021

PRN MELAKA: PAS KETEPI KEPUTUSAN ZAHID


Parti PAS, masih berpendapat, bahawa Muafakat antara parti itu dengan Umno belum terkubur, walaupun Presiden Umno berpandangan sebaliknya.

PAS masih berusaha, agar pada PRN Melaka, Pakatan Harapan (PH) tidak kembali berkuasa, menerusi pendekatan, tiada pertembungan antara calon-calon Umno, Bersatu mahupun parti itu.

Di atas kertas, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, akan menguntungkan calon PH, terutama di kawasan majoriti Melayu, atas sebab undi kaum melayu akan berpecah,manakala undi kaum lain bulat pada calon-calon PH.

Keputusan PRN Melaka selain diminati oleh ramai rakyat negara ini, juga akan dilihat bagai mana parti-parti dalam BN dan PN menyertai pilihanraya tersebut.

Pendekatan parti-parti tersebut, selain keputusan rakyat, boleh dianggap sebagai cerminan PRU-15 akan datang.

Dalam senario politik pasca PRU-14, parti-parti berasaskan Melayu atau bumiputera, tidak boleh berpecah, jika mahu menang dalam pilihanraya. Contoh paling dekat adalah PRN-16 Sabah pada September tahu lalu. Pada PRN tersebut gabungan parti-parti berasaskan bumiputera, adalah pilihan rakyat.

Mungkin parti PAS berpandukan pada keputusan pengundi Sabah pada September tahun lepas, menjadi asas, kekal meletakkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) ada lah pilihan terbaik, mengekang kemenangan PH.

Keputusan PAS tersebut, tidak diterima baik oleh Presiden Umno, pun demikian, keputusan tersebut, belum boleh dianggap sebagai keputusan muktamad UMNO, selagi MKT parti itu belum membuat keputusan muktamad.

Tidak sedikit ahli MKT Umno, mempunyai pandangan berbeza dengan Presiden mereka, termasuk salah seorang Naib Presiden parti itu- Datuk Mahadzir Khalid, malah Timbalan Presiden parti itu-Datuk Mohammad Hassan mempunyai pandangan yang berbeza.

Sama-sama kita tunggu, apa keputusan Umno, sebelum penamaan calon pada 8 Novermber depan. Jika MKT parti itu, mempunyai aspirasi, mengekang kembalinya PH,maka akan akur dengan pendekatan, satu lawan satu dengan PH.

No comments:

Blog Archive