Monday, October 18, 2021

20 NOVEMBER, 2021-RAKYAT MELAKA MEMILIH-JIKA TIADA DARURAT


JIKA tiada pengistiharan darurat, maka pilihan raya negeri (PRN) Melaka diadakan pada 20 November, 2021.

SPR dalam mesyuarat hari ini telah menetapkan writ PRN tersebut ada lah hari ini, 18 Oktober, penamaan calon 8 November dan pengundian awal 18 November.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober, ekoran tindakan cubaan rampas kuasa mantan Ketua Menteri Melaka daripada Umno, yang gagal.

Pada PRN ke-15 Melaka, lebih 495,196 pengundi akan menentukan keputusan pilihan raya tersebut. SPR menyasarkan 70% pengundi menunaikan tanggungjawab.

Negeri Melaka yang mempunyai 28 kerusi Dun, akan direbut oleh tiga kumpulan parti-parti, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU-14, negeri itu dikuasai PH, semasa parti Bersatu masih bersama pakatan tersebut.

Senario pada PRN kali ini, agak berbeza dengan PRU-14, atas sebab, semua parti-parti yang terlibat, tidak lagi serupa semasa PRU-14, walaupun BN dan PH masih mengekalkan akronim masing-masing.

Pada PRN ke-15 Melaka, julung kali PN menyertai pilihan raya di Semenanjung, walaupun telah melepasi ujian pertama pada PRN-16 Sabah, September tahun lalu.

Ramai rakyat menunggu keputusan PRN Melaka ini, kerana dijangka akan mempengaruhi keputusan PRU ke-15 nanti.

Dalam suasana kemelut politik semasa, di bawah Perdana Menteri yang baru dan Melaka pun dengan Ketua Menteri yang baru iaitu yang kedua selepas PRU ke-14, akan dilihat, bagaimana reaksi rakyat, adalah berpuas hati mengesahkan kepimpinan yang ada atau adakah rakyat kembali menaikkan PH yang sebelum ini memerintah Melaka selepas PRU-14.

Yang lebih menarik perhatian sebenarnya adalah bahawa PRN ini akan memaksa parti-parti membuat keputusan bagaimana mereka akan terlibat dan menyertai PRN tersebut.

PH sudah pasti mahu menebus kembali kuasa yang mereka hilang lantaran perubahan di peringkat Pusat tempoh hari, apabila Bersatu memilih keluar daripada pakatan dan bersama BN selain seorang wakil DAP yang keluar menjadi bebas. Mampukan mereka mengulangi kemenangan PRU ke-14? Cabaran terbesar sesungguhnya terletak pada BN-Umno, PAS dan Bersatu daripada PN.

Kalau dilihat berdasarkan keputusan PRU ke-14 lalu dan mengambil kira kecenderungan khasnya di kalangan pengundi-pengundi Melayu yang solid menolak PH dalam beberapa siri PRK pasca PRU-14, Umno PAS dan Bersatu mampu mencetuskan “upset” besar dalam PRN kali ini dan sekali gus mencorak keputusan PRU ke-15 akan datang.

Juga, apa yang dilihat pada PRN kali ini, apa kah pendekatan KELUARGA MALAYSIA, yang dicetuskan oleh Perdana Menteri ke-9 daripada Umno, berjaya meyakinkan rakyat akan kemampuan mereka khasnya dalam menangani pasca pandemik Covid-19.

Persoalannya, berjaya kah pendekatan keluarga malaysia ini mencetuskan kerjasama antara BN dan PN? Jika gagal, maka bersedialah untuk melihat keputusan PRU-14 dahulu beruang dan PH dijangka menang kembali. Sungguh malang jika senario ini berlaku, hanya kerana agenda peribadi menggeranahi kepentingan untuk menundukkan PH dan mendominasi Kerajaan Negeri Melaka dengan lebih kukuh.

Untuk mengelak senario di atas berlaku, kiranya Umno, PAS dan Bersatu boleh bertolak ansur dan bekerjasama bagi menghadapi PRN Melaka ini berdasarkan agihan kerusi berkonsepkan menang-menang, dan jika pendekatan seumpama ini dipilih, maka akan menghalang PH untuk kembali berkuasa. Fikir-Fikirkan!!!!.

No comments:

Blog Archive