Saturday, September 11, 2021

PRU-15: KAMI AKAN KEMBALI TERAJUI KERAJAAN-MUHIYIDDIN


BERSATU bersama parti komponen dan rakan parti akan kembali memimpin negara selepas PRU-15.

Keyakinan itu lah ungkapan Presiden Bersatu- Tan Sri Muhiyiddin Yassin melalui amanat Ulang Tahun ke-5 Parti Bersatu.

Pendirian Bersatu, jauh berbeza dengan Umno yang lebih suka bersendirian.

Pada PRU-15, terserah kepada pengundi negara ini parti mana yang diberi mandat.

Pengundi mempunyai pilihan, parti-parti yang mempunyai pemimpin beritegriti atau parti-parti yang mempunyai pemimpin terkait dengan isu moral.

Walaupun pemimpin Bersatu hanya sempat mengetuai kerajaan Persekutuan selama 40 bulan, akan tetapi telah memberi kesan pada rakyat.

Kepimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa pandemik Covid-19, sangat dirasakan rakyat, walaupun di mata kleptokrat, kerajaan yang dipimpin beliau adalah kerajaan gagal segagalnya.

Kleptokrat boleh berhujah apa sahaja, akan tetapi yang menilai adalah pengundi/rakyat.

Mungkin kerana kejayaan kerajaan PN yang dipimpinan Tan Sri Muhiyiddin adalah lah kerajaan yang berjaya, maka, walaupun kerajaan beliau telah tumbang, akan tetapi semua perancangan, strategi yang dilakar diteruskan oleh kepimpinan baharu.

Semacam copy & paste, maka dengan itu, walaupun jenama kerajaan pada hari ini ada pemimpin daripada kumpulan kleptokrat atau yang ditolak rakyat cuba menghakis jenama PN, tetapi di mata rakyat, kerajaan hari ini adalah kerajaan PN2.0, meskipunpun Perdana Menteri ke-9 lebih suka menyebutnya sebagai Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Keluarga Malaysia.

Secara umumnya, rakyat sudah boleh menafas lega, kerana bentang melawan musuh yang diperangi berjaya dibina menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Negara sedang menuju ke fasa endemik. Apabila beralih pada fasa tersebut, sudah tentunya dengan SOP yang digunapakai, maka rakyat akan dapat meneruskan kehidupan pada keadaan norma baharu.

Rakyat (walaupun mungkin ada yang cuba tidak mengakui fakta, sehingga ada yang berkempen naikkan bendera putih), semasa era Tan Sri Muhiyiddin Yassin memimpin negara, tiada sesiapa yang dipinggirkan, walaupun bantuan-bantuan yang diberikan tidak memenuhi semua keperluan, akan tetapi, sekurang-kurangnya, setiap rakyat apabila bangun pagi, masih ada makanan di atas meja.

Rakyat negara ini, benar-benar, mempunyai rujukan atau pengalaman, mana pemimpin yang prihatin pada rakyat jelata, mana pemimpin yang mengutamakan mereka yang tergolong elit, mana pemimpin yang tidak peduli rakyat.

Selain itu juga, rakyat telah tahu, senarai para pemimpin yang tahu bercakap, hanya tahu troll dalam media sosial, akan tetapi, semuanya hanya kritikan dan dakwaan, tanpa solusi. Berbeza dengan kepimpinan Muhiyiddin yang sentiasa “Walk The Talk” dan kepimpinan melalui tauladan.

Rakyat secara umumnya, dapat melihat kepimpinan Sabah yang diterajui oleh parti Bersatu. Kepimpinan yang berorentasikan rakyat. Jika dikombinasi dengan kepimpinan kerajaan Persekutuan era Tan Sri Muhiyiddin, maka kenyataan, pada PRU-15: Kami akan kembali, bukan kenyataan retorik, akan tetapi berpaksi, kepada aspirasi rakyat secara umum.

No comments:

Blog Archive