Saturday, September 11, 2021

DILEMA DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB


ADAKAH cerita hendak bawa balik bekas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak ke dalam kerajaan hanyalah propaganda kluster mahkamah dan geng "Bossku" bagi menguji di mana Ismail Sabri Yaakob berdiri?

Adakah dia terus berdiri bersama orang yang membuka ruang kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri iaitu TSMY atau dia akan membawa masuk kluster mahkamah dan kleptokrat ke dalam kerajaannya?

TSMY berpegang pada prinsip no kleptokrasi dan no kluster mahkamah walaupun hilang sokongan dan terpaksa meletakkan jawatan pada 16 Ogos.

Di pihak Datuk Seri Ismail Sabri pula tidak boleh tolak bulat-bulat kluster mahkamah dan kleptokrat kerana merekalah yang menumbangkan TSMY dan memberi sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Inilah dilema Ismail Sabri. Dia terhutang budi.

Apa kah menerusi pembaharuan (reformasi) pembaharuan berkaitan Parlimen dan pentadbiran merupakan langkah halus, agar beliau tidak terperangkap kepentingan berbagai pihak?

Kabinet dalam mesyuaratnya minggu ini telah menyetujui tujuh cadangan yang dimaksudkan adalah:

i. Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
ii. Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat.
iii. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.
iv. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
v. Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
vi. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN
vii. Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

Kini, telah timbul cakap-cakap, kluster mahkamah akan terlepas daripada hukuman, dengan mengaitkan dengan cadangan Umno mencalonkan AP Pontian- Datuk Ahmad Maslan sebagai calon tunggal Timbalan Speaker yang dikosongkan oleh AP Pangerang-Datuk Azalina Othman Said.

Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung Umno, sedang dihadapkan di mahkamah, walaupun perbicaraan belum bermula, dengan tuduhan menerima wang RM2juta daripada Datuk Seri Najib Razak, dan wang tersebut dikatakan bersumber daripada 1MDB, walaupun ianya belum dibuktikan.

Tuduhan terhadap Ahmad, hanya kerana tidak mengistiharkan wang yang diterima tersebut sebagai pendapatan, dan kerana itu, cukai tidak dibayar. Wang tersebut sebenarnya dana politik, bukan untuk kegunaan persendirian. Fakta ini lah yang perlu dibuktikan oleh AP Pontian tersebut.

Memang Ahmad Maslan termasuk dalam kluster mahkamah, akan tetapi kes beliau bukan salahguna kuasa. Beliau hanya terperangkap, berkaitan dana politik yang belum diaktakan.

Penulis melihat, maksud sebenar TSMY No Kluster mahkamah, tidak meliputi yang dihadapi Ahmad Maslan. Mungkin kerana maskud tersebut, maka AP Pas menyatakan sokongan terhadap pencalonan AP Pontian tersebut. Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi kepimpinan Bersatu atau GPS atau PBS atau PN mengenai pencalon Ahmad Maslan.

Penulis yakin, PM ke-9 pun, sudah memperhalusi berkaitan pencalonan Ahmad Maslan, atas sebab, kes mahkamah beliau, hanya isu takrifan atau teknikal.

Penulis yakin, ramai yang bersetuju, ada lah tidak wajar menjatuhkan hukuman pada seseorang diluar tanggungjawabnya.

No comments:

Blog Archive