Friday, September 10, 2021

LALUAN MATI SKYBRIDGE KOTA KINABALU SIAP ENAM BULAN LAGI

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (kanan) bersama Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip pada majlis perasmian KK Sky Bridge pada 3 September 2021.

SKYBRIDGE Kota Kinabalu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu yang disensasikan oleh pembangkang,kerana isu TANGGA yang tidak bersambung ke salah sebuah pusat membeli-belah, dijangka diselesaikan dalam tempoh enam bulan.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip berkata pihak Kompleks Beli-Belah Centre Point telah menyatakan hasrat untuk membina sendiri tangga dan laluan masuk ke pusat beli-belah itu.

"Dalam aku janji yang dikeluarkan oleh pihak Centre Point mereka akan menanggung sendiri kos pembinaan berkaitan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Sejak dibuka kepada orang awam pada 9 September lalu, Noorliza berharap agar jejantas ini dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pejalan kaki selain membantu menyediakan kemudahan perniagaan kepada usahawan.

"Bagi usahawan kecil dan sederhana yang ingin membuka premis perniagaan di kawasan itu boleh mendapatkan borang tawaran untuk sewaan lot yang akan diedarkan dalam waktu terdekat," katanya.

Jejantas bernilai RM31.5 juta dan sepanjang 400 meter ini dilengkapi dengan 20 kiosk niaga berhawa dingin, eskalator dan lif untuk golongan kelainan upaya (OKU).

Ia turut menghubungkan Pusat Komersial Api-Api, Pusat Beli-Belah Centre Point, Pusat Komersial Warisan Square dan Oceanus Waterfront.

Menerusi kenyataan Mayor DBKK itu telah menyebutkan,bahawa Kerajaan Negeri hanya menyumbang RM4.7juta, bukannya meliputi keseluruhan kos pembinaan jejantas tersebut.

No comments:

Blog Archive