Thursday, September 09, 2021

PRU-15: BERSATU SABAH KENA BERSEDIA BERTEMBUNG DENGAN UMNO


WALAUPUN di peringkat dewan undangan negeri, Umno kekal bersama Bersatu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), akan tetapi tidak di peringkat parlimen.

Umno sudah memutuskan pada PAU2020, bahawa tiada sebarang kerjasama dengan Bersatu pada Pru-15, yang hanya membabitkan kawasan parlimen di Sabah.

Keputusan tersebut diperkuat lagi menerusi kenyataan Timbalan Presiden parti itu pada Rabu di Seremban seperti mana dilaporkan beberapa surat khabar termasuk Berita Harian.

Oleh kerana tiadanya kerjasama, maka pertembungan antara calon-calon Bersatu dan Umno tidak akan dapat dielak.

Di Sabah, daripada 25 kawasan parlimen, hanya Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Ranau, Pensiangan, Batu Sapi, Sandakan dan Tawau tidak ditandingi Umno pada PRU-14.

Daripada 14 kawasan parlimen yang ditandingi parti itu, menang di Parlimen Kudat, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Beluran, Libaran, dan Kinabatangan. Kini, hanya AP Kinabatangan masih bersama parti tersebut, manakala 6 yang lain telah menyertai Bersatu.

Jika berpandukan pada jumlah kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU-14, maka kemungkinan juga parti itu akan bertanding di 14 kerusi, dan tentunya akan bertembung dengan Bersatu, dan Warisan. Ada kemungkinan juga parti itu akan bertanding di parlimen Putatan dan Tuaran.

Katakan lah, 16 kawasan ditandingi Umno, ertinya Bersatu juga akan bertanding dengan jumlah kerusi yang sama. Di lain pihak, sudah tentunya Warisan juga bertanding. Di antara 3 parti tersebut, hanya Warisan masih didepan di Parlimen Semporna dan Lahad Datu (Dulu Silam). Di 14 kawasan lain, kekuatan ada lah seimbang, dan pihak mana yang menang, sangat bergantung pada calon.

Di 9 kawasan parlimen lain, Kota Marudu (masih PBS), Kota Kinabalu (masih DAP), Penampang (masih Warisan), Ranau (mungkin Bersatu), Keningau (STAR), Pensiangan (STAR/Bersatu), Batu Sapi (Warisan/PBS), Sandakan (DAP) dan Tawau (Warisan/Bersatu).

Untuk kes Sabah, pertembungan antara Umno dan Bersatu, tidak menguntungkan kedua-dua parti tersebut. Penulis juga yakin, trend demikian akan juga berlaku di Semenanjung, dan akan terletak pada parti PAS, akan kemana kah hala tuju parti berlambang bulan tersebut.

Jika berpandukan pada parti Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai parti pimpinan Tok Guru Datuk Seri Hadi Awang tersebut, maka sokongan kepada Bersatu. Walaupun keadaan itu yang berlaku, masih tiada parti juga yang dianggap “clear” sebagai pemenang.

Pendek kata, pertembungan antara Umno, Bersatu, hanya akan merugi kedua-dua parti tersebut. Keadaannya seperti menang sorak tapi kampung tergadai.

Jika keputusan Umno kekal, maka kebarangkalian, Pakatan Harapan (PH) bersama Pejuang dan Warisan, dilihat masih dihadapan. Umno tidak boleh menanggap, bahawa kekuatan parti itu telah kembali, kerana hanya melihat keputusan-keputusan PRK pasca PRU-14. Suasana pilihan raya umum, sama sekali tidak sama dengan PRK, kerana sekian banyak PRK, tidak mengubah status quo. PRU adalah proses menentukan kerajaan. Pertimbangan pengundi adalah berberbeza.

Jika dilihat pada PRN ke-16 Sabah, sepatutnya, Umno atau BN, menang banyak kerusi, kerana sebelum PRN tersebut, banyak sekali PRK dimenangi parti tersebut. Namun faktanya, daripada 32 kerusi yang ditandangi, hanya menang 14. Juga sebelum PRN-16, PRK Kimanis yang dimenangi parti itu, hanya menang satu DUN daripada dua yang ditandingi, sedangkan belum berlakunya bertembungan dengan Bersatu. Cuba ambilkira, jika berlaku pertembungan??? Tepuk dada tanya selera!!!!.

No comments:

Blog Archive