Monday, September 06, 2021

PERLANTIKAN TS MUHIYIDDIN- PEMBENCI NAIK SAWAN

ADA lah biasa, reaksi pembenci, akan menolak atau tidak dapat menerima, apabila orang yang dibenci dilantik untuk satu tanggungjawab besar.

Pembenci akan mengeluarkan berbagai hujah, bahawa orang yang dibenci tersebut, walaupun belum duduk di kerusi yang diamanahkan, mereka membuat kesimpulan, sebarang tanggungjawab yang diberikan akan gagal.

Mereka cuba mengambil kuasa Tuhan, kerana Tuhan sudah menentukan, setiap manusia yang dicipta itu telah ditentukan rezki masing-masing; telah ditentukan selain ada kekurangan juga ada kelebihan.

Apabila seseorang dipilih untuk satu tanggungjawab, maka, ianya ketentuan Tuhan, bahawa yang dilantik itu mempunyai kelebihan berbanding yang tidak dilpilih.

Tuhan tidak akan membebankan umatnya, diluar kemampuan, demikian juga Tuhan tidak akan membebankan umatnya, yang tidak berkemampuan.

Mereka yang termasuk dalam kumpulan pembenci masa ini, adalah termasuk dalam golongan yang tidak berkemampuan untuk sesuatu tanggungjawab pada masa-masa tertentu.

Malangnya, mereka ini tidak menginsafi ketentuan, akan tetapi masih cuba menunjukkan, bahawa tiada lagi manusa yang bijak atau pandai berbanding mereka.

Mereka lupa, manusia merancang, tetapi perancangan Tuhan adalah sebaik-baiknya.

Sifat pembenci, tidak akan berpuas hati, jika orang lain yang dilantik pada jawatan-jawatan tertentu, termasuk lah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Mereka berselindung pada soalan, bagai mana seseorang yang gagal boleh berjaya? Sedangkan tafsiran mengenai gagal, adalah tafsiran tidak disokong fakta, dan asas yang kukuh.

Selepas perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9, daripada mula lagi para pembenci, mempersoalkan berkaitan barisan kabinet, seolah-olah tiada yang betul mengenainya.

Mempersoalkan barisan kabinet, juga mempersoalkan kewibawaan DYMM SPBA, kerana barisan kabinet termasuk perlantikan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mendapat perkenaan baginda.

Hibuh-hibuh mereka berkaitan derhaka pada SPBA, kononnya dilakukan oleh kerajaan lalu, yang juga termasuk Perdana Menteri ke-9, hanya ciptaan mereka, kerana para pembenci lah yang derhaka, bukan sebaliknya.

Kini terserlah lagi sifat derhaka mereka, apabila terus mempertikai tindakan-tindakan kerajaan yang melaksanakan titah SPBA.

Sepatutnya para pembenci ini, turun padang, berkempen, agar penduduk atau rakyat segera mendapatkan vaksin, supaya, negara cepat mencapai imuniti kelompok, dan apabila keadaan tersebut tercapai, maka mandat rakyat boleh diminta menerusi PRU-15.

Mereka ini, sepatutnya mendekati mereka yang belum divaksin termasuk mereka yang anti-vaksin, antara lain guru-guru, supaya bersedia divaksin, untuk melindungi para pelajar yang tidak layak diberi vaksin.

Rakyat negara ini, perlu membuka mata, para pemimpin yang tergolong pembenci ini, jangan sesekali diberi peluang menerajui negara, kerana, boleh menyumbang banyak kemudaratan berbanding kebaikkan. Fikir-Fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive