CUBA bayangkan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob yang ziarah kubur ibu bapa beliau, mendapat kritikan daripada netizen. Sedangkan ziarah tersebut, bukan belaku pada hari perayaan yang ada SOP sendiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ziarah kubur, di luar perayaan, seperti juga, acara pengkebumian, kerana tidak melibatkan ramai orang.
Apabila Perdana Menteri sebelum ini mendapat kritikan, kerana terpengaruh daripada tindakan pemimpin-pemimpin parti politik yang tidak sehaluan, membuat berbagai dakwaan, ada alah wajar, kerana netizen ramai yang berminat soal-soal negatif berbanding yang positif.
Tetapi, kritikan terhadap Perdana Menteri ke-9, hanya ziarah kubur, bukan lagi berbentuk kritikan, akan tetapi sudah tergolong perbuatan ketidak warasan.
Kerana hilangnya kewarasan, membidas barisan kabinet DSIS yang hanya mengangkat sumpah esok di hadapan SPBA, bukan lah pelik, kerana yang mengeritik itu, bukan pun bertindak atas prinsip kritikan membina, akan tetapi hanya mahu mengeritik.
Pandemik Covid-19, adalah penyebab krisis kesihatan, bukan sahaja punca ramainya rakyat tertekan, akan tetapi juga menjurus hilangnya kewarasan.
No comments:
Post a Comment