Tuesday, August 24, 2021

KABINET ISMAIL SABRI GAMBARAN BENTUK KERAJAAN


PENGGAL ke-14 parlimen, hanya berbaki kira-kira 21 bulan. Memandangkan tempoh yang singkat, kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkemungkinan besar, bukan kabinet penuh, akan tetapi, kabinet fungsional, khusus untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

Matlamat kerajaan ada lah menjayakan program imunisasi covid-19 kebangsaan (PICK) menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Apabila 80% penduduk yang layak menerima vaksin, telah divaksin, maka aktiviti ekonomi dan sosial dapat bergerak, mengikut norma baharu.

Rakyat dan negara ini, sejak Februari, 2020 telah berhadapan dengan isu kesihatan, kemudian ekonomi dan merebak pada isu politik, dan akhirnya menjadi krisis tiga serangkai.

Dari ketiga-tiga krisis ini, hanya krisis kesihatan ternampaknya cahaya di hujung terowong, kerana kejayaan PICK.

Apabila PICK berjaya, maka dengan sendiri menjadi pendorong kepada menangani krisis ekonomi. Sementara krisis politik, hanya boleh diselasaikan menerusi PRU-15.

Walaupun ramai yang mengulas berkaitan bentuk kerajaan, siapa-siapa anggota kabinet, termasuk siapa Timbalan Perdana Menteri, pada hakikatnya, akan menggambarkan bentuk kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri.

Tidak adil pada sesebuah kerajaan, jika langsung tidak mendapat kredit politik, seperti pendapat sesetengah pemimpin politik yang ada kepentingan tersirat, yang meminta kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke-9 negara, hanya fokus pada krisis kesihatan dan ekonomi, selepas itu, bubar parlimen untuk memberi laluan PRU-15 diadakan.

No comments:

Blog Archive