SEPINTAS, apa yang kita nampak persefahaman tersebut untuk meredakan suhu politik, atau ada yang kata pendekatan politik matang.
Jika digali secara mendalam, MOU itu, sebenarnya adalah tembok sandaran kukuh Perdana Menteri, daripada sebarang ugutan atau ancaman, yang bertujuan melemahkan kedudukan beliau, termasuk tindakan menggulingkan Perdana Menteri atau kerajaan.
Duluan sudah berlaku, apabila Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan kerjaan beliau dengan mudah tumbang, hanya kerana tindakan 15 ahli parlimen menarik sokongan.
Duluan ini, tidak akan berlaku lagi sehingga lah parlimen dibubarkan, kerana adanya persefahaman yang dimeterai antara Perdana Menteri dengan Pakatan Harapan (PH).
Kita semua tahu, bahawa PH adalah blok pembangkang terbesar yang mempunyai ahli parlimen yang kurang sedikit berbanding ahli-ahli parlimen yang menyokong kerajaan.
Mou antara Perdana Menteri dengan PH, bukan menidakkan peranan parti itu sebagai parti pembangkang. PH kekal sebagai pembangkang yang berperanan sebagai semak dan imbang, tetapi pada masa sama, mereka mempunyai ruang untuk menyalurkan pandangan, cadangan kepada kerajaan, dan ruang yang dipersetujui tersebut adalah melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas menanangi Covid-19.
Menerusi MOU itu juga, PH akan menjaga kestabilan kerajaan, daripada kerbarangkalian usul tidak percaya atau kebarangkalian hilang sokongan majoriti. Dengan adanya jaminan ini, maka tindakan seperti mana yang dilakukan 15 ahli parlimen yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berulang lagi, sehingga lah parlimen dibubarkan.
Mou ini juga, dengan sendirinya menutup ura-ura, ada pihak-pihak tertentu akan menarik sokongan daripada kerajaan, jika tidak dilantik pada sesuatu jawatan, misalnya jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan. Pada masa yang sama juga, Perdana Menteri, tidak terkesan dengan ugutan jika ada daripada ahli parlimen yang bermasalah, yang terkait dengan mahkamah, atau ugutan-ugutan lain bermotif politik.
Hakikatnya MOU antara Perdana Menteri dan PH, hanya berkisar pada nombor, semata-mata untuk mencapai tujuan bersama, iaitu menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi, dan selepas itu, akan membuka ruang untuk PRU-15.
Pendekatan persefahaman ini, memungkinkan, tiada mana-mana kerajaan negeri tumbang, bukan semasa pilihan raya. Dan pendekatan ini adalah mukadimah kepada undang-undang anti lompat.
No comments:
Post a Comment