PRN-16 Sabah yang mencetuskan gelombang jangkitan baharu di negara kita, disebabkan belum berjalannya program vaksinasi.
Berbeza apabila Parlimen dibubar dalam masa terdekat untuk memberi laluan pada PRU-15, 60 hari selepas pembubaran, yang diperkirakan pada minggu pertama November.
Pada hari pengundian, kemungkinan, sudah lebih 50% pengundi sudah divaksin.
Dengan SOP yang ketat, dan jumlah hari pengundian yang ditambah, menjadualkan masa mengundi menurut saluran, sebagai pendekatan mengurangkan jangkitan, boleh dilaksanakan.
Kemelut politik tanah air, tidak akan selesai, apapun pendekatan, kerana telah wujudnya pendirian yang amat berbeza antara pemimpin yang memimpin parti masing-masing.
Fakta menunjukkan, apabila Perdana Menteri memberi tawaran kerjasama dengan pembangkang, belumpun beliau tamat membaca semua cadangan, pemimpin pembangkang sudah melompat menolak, sambil mengeluarkan berbagai hujah, yang melembarkan/menjauhkan lagi titik temu.
Pembubaran parlimen, adalah satu-satunya cara menyelesaikan kemelut politik negara.
Tanpa penyelesaian kemelut politik, tidak akan wujud kestabilan. Tanpa kestabilan, pelan pemulihan negara tidak akan tercapai.
Melantik Perdana Menteri baharu, pada masa sekarang, bukan lah pilihan.
No comments:
Post a Comment