Sunday, July 25, 2021

PEGAWAI FARMASI: PUNCA KLUSTER DI RUMAH PERSEKUTUAN KOTA KINABALU

SEMALAM penulis terbaca seorang pegawai farmasi berumur 26 tahun mencetuskan kluster baharu berkaitan tempat kerja yang membabitkan beberapa pejabat kerajaan Persekutuan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) di Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu.

Pegawai tersebut telah menjangkiti lebih 40 individu lain meliputi Ranau, Papar, Penampang, Putatan selain Kota Kinabalu. Jumlah yang dijangkiti tersebut sebahagian daripada 712 pesakit positif, rekod tertinggi sejak Januari tahun ini.

Jika menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia- Tan Sri Noor Hisham Abdullah, individu yang lengkap divaksin, jika dijangkiti, akan menghalang gejala teruk, selain, kebolehjangkitan pada individu lain adalah rendah. Kesaksian juga telah diberikan oleh bebarapa petugas barisan hadapan, termasuk yang bertugas di Hospital Sungai Buloh, termasuk mereka yang ada penyakit sertaan/bawaan/penyakit lain, atas sebab mereka lengkap divaksin, mereka hanya bergejala kategori 1 atau 2, selain tidak menjangkiti anggota keluarga serumah.

Jika demikian duduk perkaranya, penulis, menduga, pegawai farmasi yang mencetus kluster di rumah Persekutuan tersebut, belum divaksin, jika melihat jumlah yang dijangkiti. Jika benar, bahawa pegawai tersebut tidak divaksin, sedangkan kategori tersebut termasuk “frontlines” ianya sepatutnya tidak timbul.

Atau, jika pegawai tersebut telah divaksin, akan tetapi masih menjangkiti ramai individu lain, ertinya, vaksin tersebut belum berjaya mencipta anti-bodi yang mencukupi, dan pegawai tersebut termasuk dalam 35% ketidak upayaan vaksin. Senario sebegini (jika benar), boleh jadikan sebagai data dan sains, menilai keberkesanan vaksin.

Selain itu, jika lengkap divaksinpun, pematuhan SOP perlu dikekalkan, kerana tiada jaminan, virus tidak menyerang.

No comments:

Blog Archive