Saturday, May 10, 2025

PRN-17 SABAH: GRS BERSEDIA BERGERAK SOLO

KERANA keputusan BN-PH untuk berkerjasama, maka status quo kerajaan negeri tidak diteruskan, dan kerjasama berakhir dengan sendiri selepas DUN dibubar.

Jika pun pada masa ini, PH dan ADUN Umno menarik sokongan sebelum DUN dibubar, kerajaan tidak hilang sokongan majoriti.

Jika pun ada perbincangan antara GRS dan PH Sabah ianya lebih bersifat pertemuan perpisahan, sebelum bertembung pada PRN-17.

GRS yang pada asalnya berhasrat meneruskan kerjasama dengan PH Sabah, kerana keserasian telah dibina antara para pemimpin ke dua belah pihak.

Kerjasama antara GRS-PH bersifat “straight forward” kerana kerusi yang ditandingi masing-masing tidak bertindih, sebaliknya jika membabitkan BN banyak melibatkan kerusi bertindih.

Pada hakikatnya pemuktamadan kerjasama antara BN dan PH, memudahkan GRS menentukan hala tuju.

GRS ditubuhkan kerana menyambut aspirasi dan harapan rakyat yang mahukan parti lokal mewakili mereka seperti mana GPS Sarawak.

Berpandukan pada sentimen rakyat terhadap parti lokal, GRS menterjemahkannya kepada Konsep Rumah Kita, Kita Jaga menerusi prinsip SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Walaupun GRS daripada awal boleh memilih bergerak solo, akan tetapi menghormati parti yang dipimpin Perdana Menteri yang mempertahankan kerajaan apabila parti yang sama-sama membentuk kerajaan menarik sokongan.

Rasa terima kasih tersebut, perlu diterjemahkan kepada kerjasama. Apabila kerjasama berlaku, maka GRS terpaksa menjelaskan/menerangkan keputusan tersebut pada akar umbi.

Reaksi rakyat dan termasuk pemimpin ada yang kecewa, bukan menentang, dan perlu akur dengan keadaan atau kedudukan sebenar.

Mungkin atas doa rakyat, kerjasama GRS-PH tidak menjadi, kerana PH memilih haluan sendiri.

Pada petang jumaat, bersamaan 9 Mei 2025, apabila rakyat maklum bahawa GRS bersedia bergerak solo ekoran PH menjalin kerjasama dengan parti lain, akar umbi “macam terbakar” menyokong kenyataan Pengerusi GRS.

Selepas kenyataan Pengerusi GRS bahawa parti bersedia bergerak solo, sambutan amat positif daripada rakyat.

Apa kah sambutan positif tersebut diterjamahkan kepada undi, hanya boleh diketahui apabila SPR mengiranya.

Parti politik menilai daripada segi sikap dan mood pengundi terhadap parti. Berasaskan pada sikap dan mood, maka diunjurkan kemungkinan undi yang diperolehi.

Kajian jentera parti mendapati sekurang-kurangnya 33/73 kawasan putih, mankala 26/73 berkedudukan kelabu. Daripada kawasan kelabu tersebut, 14 kerusi boleh dimenangi dengan undi terbanyak, iaitu First Past The Post.

Perkiraan berasaskan sikap dan mood, sekurang-kurangnya 47/73 dimenangi, kurang 2 kerusi untuk kuasa 2/3. Memandangkan DUN Sabah ada 6 ADUN diantik, maka kerajaan yang diterajui mempunyai kuasa 2/3.

No comments:

Blog Archive