Thursday, June 10, 2021

TUN DR MAHATHIR CADANG MAGERAN GANTI KERAJAAN PN

DALAM sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohammad secara ZOOM selepas menghadap SPBA, Pengerusi Penaja parti Pejuang tersebut berkata bahawa beliau telah mencadangkan kepada SPBA, agar MAGERAN ditubuhkan bagi menggantikan kerajaan hari ini.

Alasan MP Langkawi tersebut, MAGERAN yang ditubuhkan pada tahun 1969, mampu menyelesaikan kemelut politik selain isu sosial masa itu.

Dalam keadaan sekarang, negara bukan sahaja berhadapan dengan kemelut politik, akan tetapi isu kritikal iaitu isu kesihatan, kerana pandemik Covid-19. Akibat daripada pandemik ini, maka mempengaruhi ekonomi,kewangan dan juga sosial.

Ada lah "terbaca" menerusi sidang akhbar Tun tersebut, jika MAGERAN ditubuhkan, beliau bersedia mengetuainya, atas sebab beliau bersama-sama pemimpin PEJUANG mempunyai idea dan solusi berkaitan 4 masalah yang sedang dihadapi rakyat dan negara.

Namun, halangan pentadbiran yang dihadapi untuk menubuhkan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara), penubuhannya perlu dicadangkan oleh Kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Jika adanya cadangan seumpama itu, membawa pengertian,bahawa Kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin mengibarkan bendera putih.

Tun Dr Mahathir mengakui semasa menghadap SPBA, beliau telah mempersembahkan idea-idea atau solusi, selain masalah-masalah yang sedang dihadapi negara pada masa ini.

Ternampak sangat, jika MAGERAN ditubuhkan dan Tun dilantik mengetuainya, beliau yakin masalah yang dihadapi rakyat dan negara dapat ditangani dengan baik, kerana "menurut" beliau, sebelum ini pun, berbagai krisis dalam negara dapat diselesaikan dengan baik,terutama semasa beliau Perdana Menteri selama 22 tahun.

Benar kah anggapan Tun tersebut? kerana suasana dan situasi berbeza. 

Bagi pendapat penulis walaupun namanya sama, akan tetapi masalah yang dihadapi berbeza. Tidak semestinya, badan yang sama boleh menyelesaikan masalah yang berbeza.

Kita perlu adil kepada kerajaan hari ini. Kerajaan ini, pernah berjaya melandaikan keluk jangkitan covid-19, malah mencatit 1 angka pada 1 julai, 2020.

Oleh kerana TIADA yang menduga, berlatar belakangkan kepada pencapaian tersebut, maka kelonggaran-kelonggaran dilaksanakan, khususnya untuk sektor ekonomi, sosial, malah kelonggaran rentas daerah/negeri, malah antara negara.

Juga "tiada yang menduga" bahawa PRN-16 Sabah menyebabkan gelombang jangkitan covid-19 yang berterusan sehingga kini.

Penulis berpendapat, tiada sesiapa yang silap berkaitan pendekatan yang dilaksanakan kerajaan,kerana TIADA sesiapapun pemimpin dalam negara mempunyai pengalaman berhadapan dengan pandemik seperti COVID-19.

Terasa sangat, sebelum PKP3.0, Perdana Menteri telah menyatakan, TIDAK akan ada PKP3.0, kerana beliau BERSANDAR kepada data dan sains. Namun, sifat musuh yang TIDAK kenampakan, kemudiannya ditambah dengan kelekaan dan kedegilan sesetengah rakyat yang alpa berkaitan SOP, dan pada masa yang sama musuh (virus) sudah hadir di tengah-tengah komuniti, maka semua faktor tersebut menjadi pendorong mencanaknya semula jangkitan, dan sudah tentunya, kematian juga bertambah.

Membuat kesimpulan, bahawa KERAJAAN gagal, adalah kesimpulan yang TIDAK adil, atas sebab, sifat masalah yang dihadapi, TIADA panduan yang perlu dicontohi.

Bagi pendapat penulis, jika dilihat daripada PKP1.0 sehingga lah ke PKP3.0 ini, TINDAKAN dan PENDEKATAN kerajaan hari ini, TIADA DUANYA. 

No comments:

Blog Archive