Thursday, June 10, 2021

TIMBULNYA ISU MAGERAN

PENULIS terfikir sejenak, ada sesuatu yang tersirat berkaitan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) apabila Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Marzuki Mohamad menulis panjang lebar mengenainya seperti yang dipetik Astroawani.com pada 9 Jun, 2021.

Sangkaan berkaitan Mageran diperkuat, apabila DS Anwar Ibrahim selepas selesai menghadap SPBA, menyatakan, ISU KERAJAAN BAHARU tidak BERBANGKIT.

Manakala Lim Guan Eng selepas menghadap, hanya berkata SPBA adalah harapan terkahir rakyat.

Penulis juga tertanya-tanya, disebalik Majlis Perbincangan Khas Raja-Raja yang dipengerusi SPBA diadakan sedangkan negara masih dalam keadaan darurat.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak mempunyai maklumat otentik berkaitan Pertemuan pemimpin utama parti politik dalam negara yang mempunyai ahli parlimen (AP) dan hubungkaitnya dengan majlis perbincangan khas Raja-Raja. Hanya Dato Seri Najib Razak yang merujuk perbincangan serupa pada Oktober, 2020 yang menolak Permohonan pertama Kerajaan mengistiharkan Darurat Kesihatan.

Kecelaruan dalam kerajaan mula timbul, apabila Menteri Tugas-Tugas di Jabatan Perdana Menteri- Datuk Redzuan Yussof, semacam cuba membuka pekung kerajaan berkaitan pengurusan pandemik covid-19.

Jika diimbas kembali, apabila MAGERAN ditubuhkan pada tahun 1969, telah menyaksikan tersingkirnya Perdana Menteri masa itu, dan menamakan pemimpin lain sebagai Pengerusi.

MAGERAN ditubuhkan berkaitan ancaman KEAMANAN kepada rakyat dan negara, atau ringkasnya berkaitan KESELAMATAN; sedangkan masa ini, BUKAN berkaitan keamanan atau keselamatan akan tetapi KESIHATAN.

Jika menerusi MAGERAN musuh kenampakan, manakala isu sekarang musuh tidak kenampakan. Memang dua-duanya MUSUH kepada rakyat dan negara, tetapi BERBEZA profile.

Jika diimbau kembali, sejak proklamasi darurat 11 Januari lalu, naratif daripada AP pembangkang berkaitan dengan penamatan darurat dan menyambung semula Parlimen, adalah kenyataan yang sama terpacul daripada mulut Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mat Sabu, apabila menjawab pertanyaan wartawan selepas keluar daripada Istana.

Ada lah menjadi kemusykilan, sekian lama pemimpin pembangkang menanti peluang menghadap SPBA, adalah janggal jika mereka TIDAK menyembahkan bangkangan terhadap Kerajaan PN, kerana sejak Langkah Sheraton, mereka menyifatkan kerajaan hari ini adalah Kerajaan tidak sah.

Memandangkan kenyataan TEGAS Anwar, bahawa isu kerajaan baharu tidak dibincang, maka memperkuat andaian, ada kemungkinan MAGERAN ditubuhkan. 

No comments:

Blog Archive