Wednesday, June 09, 2021

PICK SABAH-JIKA DARIPADA AWAL UPPM DIGERAKAN MENDAFTAR

JIKA daripada awal lagi UPPM (Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat) di setiap DUN digunakan untuk menggalakan rakyat mendaftar untuk divaksin, barangkali peratusan rakyat mendaftar bukan hanya 19% setakat hari ini, akan tetapi mungkin sudah melepasi separuh daripada penduduk.

Demikian juga, jika daripada awal lagi sudah dikenal pasti PPV (Pusat Pemberian Vaksin), maka mudah bagi rakyat mendaftar berasaskan pusat-pusat tersebut.

Kita terpaksa menerima, kerana tiada sesiapa yang berpengalaman mengurus pandemik covid-19 ini, maka kita semua kena akur pelaksanaannya yang sentiasa diperbaiki daripada masa ke semasa.

Semua pihak berlumba dengan masa, agar, seramai mungkin rakyat menerima vaksin, untuk mempercepat pembentukan imuniti kelompok.

Memang daripada awal, sukar menjadualkan berapa peratus rakyat yang perlu divaksin pada fasa pertama, sebab itu,kerajaan menetapkan, mendahulukan barisan hadapan (Frontliners), kemudiannya pada fase ke-2, bagi kumpulan warga emas, kumpulan berisiko dan OKU, dan berikutnya meliputi peringkat umur 18 tahun dan ke atas.

Kini, selepas fasa pertama, dan sudah pun memasuki fasa ke-2, dirasakan ada keperluan mempercepat vaksinasi meliputi seluruh rakyat, memandangkan ancaman virus yang semakin serius. Selain itu, semakin lambatnya proses vaksinasi, maka mempunyai impak besar kepada sektor ekonomi.

Kerjaan Sabah, akan melaksanakan kaedah “outreach” untuk PICK Sabah. Keputusan ini sangat tepat, memandangkan keadaan topografi Sabah. Pasukan PICK kena datang ke kampung-kampung untuk mempercepat imunisasi.

Jangan berlengah. Jika vaksin mencukupi, laksanakan sekarang, (walaupun sepatutnya dilaksanakan semalam lagi).

Kerajaan Negeri, dengan bantuan KKM, kena memberi TAKLIMAT khas kepada semua 73 PPM di semua 73 DUN yang tersebar di 25 Parlimen, di kelompokkan menerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang bakal dijadikan sebagai PPV, dengan penjadualan yang jelas, sesuai dengan senarai penduduk di lokalti berkaitan. Pasukan PICK boleh membawa bas bergerak khas yang dilengkapi pendingin untuk memastikan vaksin sentiasa pada keadaan sejuk beku sesuai dengan piawaian vaksin tersebut. Menerusi kaedah ini, penulis yakin, peratusan penduduk yang divaksin akan memuncak sebelum akhir tahun ini.Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive