Friday, June 04, 2021

PKP 3.0 BOLEH KEKANG JANGKITAN

BAGI mereka yang mengharapkan TOTAL LOCKDOWN 3.0 gagal, daripada mula lagi terus meratib berbagai andaian dan dakwaan, dengan merujuk data jangkitan harian yang masih 4 angka sebagai asas rujukan. Sedangkan data harian tersebut merupakan bawaan sebelum PKP3.0 bermula.

Mereka ini, tidak mahu merujuk bahawa masa inkubasi virus antara 10-14 hari. Kerana dalam masa inkubasi tersebut, maka sebarang angka jangkitan harian, ada lah bawaan dari tempoh yang sama sebelum 1 Jun.

Pemutusan jangkitan bawaan tersebut adalah antara 10-14 Jun.

Apa kah PKP3.0 berjaya atau gagal, akan dilihat pada data jangkitan selepas itu. Jika tiada perubahan, dan kluster-kluster masih timbul, maka boleh disimpulkan bahawa PKP3.0 gagal.

Apa yang mendukacitakan, ada segelintir pemimpin politik, era Barisan Nasional, membuat dakwaan, bahawa “Total Lockdown” hanya gimik, kerana kerajaan TIADA hasrat melandaikan JANGKITAN, kerana menurut mereka, cara itu adalah strategi kerajaan meneruskan kuasa menerusi pelaksanaan darurat.

Proklamasi darurat akan tamat pada 1 Ogos. Jika jangkitan corona belum dilandaikan, ada kemungkinan darurat diteruskan.

Corona ada lah virus pembunuh. Dengan mengandaikan, bahawa tindakan kerajaan hanya gimik merupakan dakwaan melampau, seolah-olah pemimpin kerajaan mempermainkan nyawa rakyat.

Mereka ini merujuk pada data jangkitan dalam negara yang terus meningkat selepas PRN-16 Sabah. Walaupun Sabah berjaya menurunkan jangkitan 2 angka, namun meningkat semula, selepas hariraya.

Jangkitan 4 angka yang beterusan, sebahagian kerana impak PRN-16 Sabah, juga impak jangkitan sporadik membabitkan rentas sempadan/negeri, dan ditambah lagi kewujudan kluster-kluster yang membabitkan ramai orang, iaitu kilang-kilang dan tapak-tapak pembinaan.

Jangkitan virus tidak akan dapat diputuskan, selagi belum terwujudnya imuniti kelompok, menerusi program vaksinasi.

Sementara menunggu 80% rakyat divaksin, rakyat kena hidup bersama dengan corona, kerana virus tersebut sudah berada di tengah-tengah komuniti. Mengelaknya, KKM telah memberi panduan, namun, kelekaan dan kedegilan segelintir, menyebabkan virus tersebut mendapat indung untuk berkembang biak.

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Itulah, kenapa pula KUALA LUMPUR diLAYAN begitu ISTIMEWA? LANCARkan TRAK VAKSIN BERGERAK secara "WALK-IN" di seluruh pelusuk NEGARA segera, menggunakan TRAK2 TENTERA - terutamanya pd. ORG.2 KAMPUNG & RAKYAT MISKIN kita, dr. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita, yg. sdg. dlm. amat BAHAYA dr. GENOSID akibat pelbagai jenis VIRUS Covid-19 yg. disyaki diCIPTA oleh PENGGANAS2 Zionis US/ISrael!!

Di - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/trak-vaksin-bergerak-golongan-rentan-terjejas-di-wilayah-persekutuan-boleh-walk-301833

Blog Archive