SEJAK munculnya corona virus (Covid-19) pada Disember, 2019 di Wuhan, China, jangkitan virus tersebut menjadi isu politik dalam negara.
Kerana virus ini juga, hampir melumpuhkan sistem kesihatan dan ekonomi negara. Kini, ada usaha pihak tertentu, mahu, agar krisis perbankan dan kewangan juga berlaku.
Penulis mengimbau kembali, semasa pertama kalinya, virus import ini didapati dalam negara pada 25 Januari, 2020, di Johor, kerana dibawa oleh pelancong China yang menyeberang daripada Singapura.
Pada masa itu, kerajaan yang tumbang pada 24 Februari, 2020, menganggap enteng virus tersebut, malah Timbalan Perdana Menteri masa itu, cukup angkuh mengatakan, bahawa negara mempunyai keupayaan melawan virus tersebut jika menular ke Malaysia.
Menteri yang menjaga kesihatan pula mempelekeh amaran WHO, bahawa virus tersebut akan mengancam dunia, termasuk Malaysia.
Akibat keangkuhan Kerajaan pada masa itu, maka kawalan pintu masuk ke dalam negara tidak dikuatkuasakan, malah pemimpin negara ini sendiri menjemput kepulangan rakyat negara ini yang terperangkap di Wuhan, China menerusi penerbangan khas.
Kerana keangkuhan kerajaan, maka membenarkan kemasukan jemaah tabligh daripada negara-negara yang telah dijangkiti, sehinggakan mengwujudkan kluster terbesar dalam negara.
Akibat kekosongan kerajaan antara 24-29 Februari, 2020, tempoh 5 hari tersebut, peluang virus dalam negara merebak tanpa sekatan. Apabila kerajaan baru dibentuk, jangkitan sudah mencanak.
Mereka yang menganggap, bahawa negara mempuyai kepakaran dan keupayaan membendung, hilang bebanan, kerana bukan kerajaan lagi.
Kerajaan baru, terpaksa mengikuti cara Negara China, menerusi pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dipanggil PKP1.0.
Tiada sesiapapun mempunyai pengelaman melawan pandemik, kerana keadaan seumpamnya telah berlaku 100 tahun yang lalu.
Kalau merujuk sejarah islam, maka panduan melawan virus pandemik, adalah menerusi PKP.
Pelaksanaan “Total Lockdown” baik untuk sistem kesihatan, tetapi buruk untuk ekonomi. Untuk menseimbangkan antara kesihatan dan ekonomi, maka dirangka SOP.
Berasaskan SOP yang digunapakai dan tingkah laku virus corona, jika SOP dipatuhi, maka boleh memutuskan rantai jangkitan.
Kerana keyakinan pada SOP, maka sektor-sektor ekonomi yang dianggap perlu dibenarkan beroperasi.
Tetapi malangnya, ada segelintir yang ambil mudah dan degil, selain leka dan tidak patuh SOP, maka virus mendapat indung untuk membiak.
Antara SOP, adalah elak berkumpul, elak tempat sesak, elak tempat tertutup, elak rentas daerah/negeri akan tetapi, tidak dipatuhi, dan keadaan itu berlaku semasa PRN-16 Sabah.
Malah semasa PRN tersebut, pemimpin yang mewakili Kerajaan Negeri dan mantan menteri PH, menyeru rakyat, jangan percaya berkaitan data penularan atau zon yang diistiharkan zon merah, kerana ianya hanya merupakan sandiwara kerajaan, supaya pengundi jangan turun mengundi. Juga, pemimpin tersebut dengan penuh yakin menyebutkan pada 29 September, 2020, tiga hari selepas pembuangan undi, pesakit covid-19 menjadi kosong.
Kerana impak PRN-16 Sabah, selain ketidak patuhan pada SOP khususnya bagi sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan, selain impak bersosial yang juga tidak patuh SOP, maka jangkitan mencanak SEMULA.
Apabila jangkitan mencanak, maka kerajaan terpaksa melaksanakan darurat kesihatan. Walaupun darurat kesihatan dilaksanakan, pada masa yang sama diberi kelonggaran pada sektor ekonomi, dengan pengertian, mereka yang terlibat SUDAH MAHIR/FAHAM/MEMPRAKTIKKAN, SOP yang diberkuat kuasa, lagi pun telah mempunyai pengalaman semasa PKP1.0.
Apa yang malang, walaupun di atas kertas semua peraturan sungguh cantik, namun di lapangan, mereka yang terlibat leka, malah ada yang degil, atas sebab merasa “selamat” kerana belum “terjangkit” maka mengambil mudah ancaman Covid-19.
Terlihat, bukan sahaja rakyat biasa yang leka/degil yang terjangkit, akan tetapi juga para “pembesar” bukan kerana “sengaja” hendak dijangkiti, akan tetapi tingkah laku musuh yang tidak kenampakan, akan memangsakan mereka yang leka.
Kerajaan menerusi KKM telah menyediakan SOP yang boleh membendung jangkitan, malah penguatkuasa lain seperti PDRM/ATM/PBT membantu menguatkuasakan semua panduan yang disediakan oleh KKM, malangnya, seperti kata peribahasa, 1000 ekor kerbau dapat dikawal, perbuatan seorang manusia, sukar dijaga.
Tingkah laku virus, lebih pantas berbanding seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit, malah, sifat virus, adalah seperti nila setitik susu sebelanga rosak binasa.
Kerajaan dapat mengekang jangkitan daripada terus mengancam, apabila MOSTI memperkenalkan MySejahtera, dan sesiapa yang mengimbas, akan secara pantas dapat diketahui kontak rapat mangsa yang positif. Kerana adanya bantuan pengesan ini, maka kerajaan melaksanakan pendekatan berasaskan kelompok sasar menerusi PKP(D).
Meskipun, semua kaedah digunakan, akan tetapi jangkitan virus tidak dapat dibasmi, malah mencanak, sehinggakan mencapai rekod jangkitan tertinggi, 9,020, yang menyebabkan kerajaan sekali lagi terpaksa melaksanakan “Total Lockdown” @ PKP3.0 bermula 1-14 Jun, 2021.
Kerana jangkitan sudah berada di tengah-tengah komuniti, maka, apa kah PKP3.0 berkesan menghalang jangkitan seterusnya, akan terlihat selepas 14 Jun, 2021.
Negara pernah melandaikan jangkitan pada 1Julai, 2020, apabila jangkitan harian hanya 1jangkitan. Kerana pengalaman tersebut, maka negara akan mengulanginya sekali lagi, kalau boleh seawal mungkin tetapi dengan syarat semua rakyat mematuhi SOP.
Persoalan besar mengapa jangkitan TIDAK TERBENDUNG? kerana berkait rapat dengan kehidupan. Rakyat yang terkesan, tiada pilihan, melainkan perlu keluar, dan perlu berhubung secara bersemuka antara satu sama lain, untuk mendapatkan pendapatan, bagi maksud memenuhi keperluan makan-minum, untuk meneruskan kehidupan.
Walaupun aktiviti yang melibatkan rakyat cukup tinggi, seperti perlu ke pasar atau kedai-kedai runcit, atau perlu berjualan atau berniaga, jarang menjadi punca jangkitan atau kluster, sebaliknya kluster-kluster berlaku di tempat-tempat kerja yang sukar melaksanakan SOP seperti kilang-kilang atau tapak-tapak pembinaan. Sementara jangkitan pada komuniti, ada lah sumbangan mereka yang bekerja dalam sektor ini.
Melihat trend jangkitan dalam negara, kegagalan membendung, bukan kerana faktor kerajaan yang menyediakan mekanisme kawalan, akan tetapi faktor kombinasi tingkah laku virus dan juga rakyat yang leka menjadi indung.
Para pemimpin atau mereka yang sentiasa memberi gambaran bahawa kegagalan membendung jangkitan kerana faktor kerajaan, semata-mata bertujuan politik, tidak bersandarkan kepada betapa sukarnya melawan virus pembunuh tersebut.
Mereka ini, pura-pura tidak faham, selagi imunti kelompok tidak terwujud menerusi pemvaksinan, selagi itu rakyat rentan terhadap jangkitan. Ambil contoh, bagai mana data jangkitan dan kematian di United Kingdom yang cukup mengerunkan, apabila lebih 40% rakyat negara tersebut divaksin, maka berjaya menurunkan jumlah kematian.
Apa makna semua itu? Di negara kita juga, kadar jangkitan dan kematian akan menurun dengan drastik, apabila sebahagian besar rakyat divaksin, khususnya kepada mereka yang mudah terdedah samada sebagai penjangkit atau terjangkit.
Kerajaan berusaha semaksimumkan mungkin memvaksin rakyat, menerusi pembukaan pusat-pusat pemberian vaksin, selain melaksanakan “outreach” untuk penduduk di pendalaman atau luar bandar.
Mereka yang mendakwa bahawa kerajaan gagal, adalah mereka yang terdiri daripada pemimpin yang syiok sendiri, tanpa memikirkan pendekatan praktikal yang dilaksanakan kerajaan.
4 comments:
HENTIkan PEMBUNUHAN beramai2 bawah rejim2 PEMBUNUH/PEROMPAK Zionis NAZI PH-BERSATU terhdp. RAKYAT kita, terutamanya bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita (yg. disyaki DNA bangsa kita, sdg. diSASARkan oleh pelbagai jenis VIRUS Covid-19, disyaki ciptaan rejim PENGGANAS2 Zionis US/ISrael) - dlm. GENOSID, akibat program VAKSIN punya LEMBAP @ disyaki diSABOTAJ oleh MUSUH2 Islam/Umatnya dlm. KKM- si EJEN2 DAPpengganas!!
Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/06/05/program-vaksinisasi-yang-selaju-siputbabi/
Tgk. lagi ni, ramai PETUGAS2 MEDIA penting dr. RAKYAT kita pun belum diVAKSIN!!
Begitu juga anak2 muda ORANG ASAL Islam/Melayu kita & BUMIPUTERA lain, yg. BEKERJA dlm. pelbagai BIDANG & juga amat penting pd. EKONOMI, samada sbg. PENCUCI, JURULETRIK, JURUTERA, PEGUAM, AKAUNTAN, Pekerja POS, Pekerja KURIER, PENGIMPAL, PEMBAIKI RUMAH, PENJAWAT2 AWAM dsbya- NYAWA2 depa dlm. BAHAYA - tapi kenapa berJUTA2 PEKERJA2 ASING/PATI2 yg. menDOMINASI Industri2 PERKILANGAN, PERUNCITAN & PERLADANGAN gergasi tempatan & asing KAYA-RAYA yg. nak diUTAMAkN VAKSIN2 dulu segera pd. FASA-3 bulan JUN ni aaahhh, kononnya sbb. depa barisan hadapan Ekonomi, si rejim2 PEMBUNUH/PEROMPAK/PENIPU Zionis NAZI PH/BERSATU?!!!!!!
Di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/824977/petugas-media-harap-vaksinasi-disegerakan
Dan kenapa KUALA LUMPUR diLAYAN begitu ISTIMEWA? LANCARkan TRAK VAKSIN BERGERAK secara "WALK-IN" di seluruh pelusuk NEGARA segera, menggunakan TRAK2 TENTERA - terutamanya pd. ORG.2 KAMPUNG & RAKYAT MISKIN kita, dr. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita, yg. sdg. dlm. amat BAHAYA dr. GENOSID akibat pelbagai jenis VIRUS Covid-19 yg. disyaki diCIPTA oleh PENGGANAS2 Zionis US/ISrael!!
Di - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/trak-vaksin-bergerak-golongan-rentan-terjejas-di-wilayah-persekutuan-boleh-walk-301833
Maka, KERAHkan segera, bawah DARURAT ni, TRAK2/HELIKOPTER2 TENTERA bergerak utk. SUNTIK VAKSIN2 secara "WALK-IN" kpd. RAKYAT kita; terutamanya ORG2 KPG. & RAKYAT MISKIN kita, di seluruh NEGARA, terutamanya bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita yg. dlm. amat BAHAYA dr. GENOSID (Pembunuhan beramai2) - akibat disyaki Pendaftaran2 VAKSIN2 di My Sejahtera @ RAWATAN2 di HOSPITAL, diSABOTAJ oleh MUSUH2 Islam/Umatnya dr. EJEN2 DAPpengganas @ dr. pelbagai VIRUS Covid-19 yg. disyaki diCIPTA oleh rejim PENGGANAS2 Zionis US/ISrael, utk. menSASARkan DNA bangsa ISLAM/MELAYU kita!!
Di -
https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/06/06/peratus-lonjakan-yang-menggila-dan-kerajaanpnipu-terus-memperjudikan-nyawa-rakyat-demi-ego-dan-kuasa/
Post a Comment