Wednesday, June 16, 2021

OHH...SIDANG PARLIMEN...SIDANG PARLIMEN

APA KAH sidang parlimen boleh meredakan JANGKITAN COVID-19? Apa kah menerusi SIDANG parlimen, ekonomi terus membaik?

Seperti yang kita saksikan, sidang parlimen negara, sejak tahun 2013, bagaikan sirkus, hujahan wakil-wakil rakyat, bukan pun menambah baik kesejahteraan rakyat, malah menjadi pemangkin kepada ketegangan sosial.

Bukan perkara terpencil wakil-wakil rakyat menggunakan hujahan berunsur perkauman, mengunakan perkataan lucah, malah perkataan-perkataan jelek, fitnah/bohong yang mengotorkan kemuliaan parlimen.

Apa kah dalam keadaan pandemik covid-19 beserta kesannya kepada ekonomi, kesejahteraan/kebajikan rakyat, hanya mendengar hujah-hujah wakil rakyat yang “membangkang” untuk menganggu kelancaran pengurusan pandemik?

Parlimen, hanya berisikan 222 ahli parlimen, ditambah seorang Speaker, dan bertegang leher dalam ruangan berhawa dingin, sedangkan ruang demokrasi tanpa had, media sosial bebas menerima sebarang hujah berkaitan demokrasi. Lagi pun, menerusi ruang maya, TIADA yang mencemarkan kemuliaan seperti parlimen, melainkan sebarang hujah atau muat naik bebas tanpa had, kecuali yang bersifat melanggar undang-undang yang digunakan dalam negara.

Dalam keadaan pandemik ini, persetan dengan “demokrasi”. Dalam situasi seumpama ini, NYAWA dan KESIHATAN rakyat, bukan sahaja utama, akan tetapi TIADA KOMPROMI.

Biar lah kerajaan hari ini, dianggap oleh mereka yang “so-called politicions” kononnya MEMANDULKAN DEMOKRASI, asalkan TEGUH kepada penyelamatan NYAWA dan KESIHATAN rakyat (termasuk mereka yang siang malam membebel, menaip di keyboard”.

Sedar kah, mereka ini, apabila PARLIMEN dibenarkan bersidang, ertinya, DARURAT KESIHATAN juga berakhir. Dan apabila berakhir, maka PRK untuk kawasan-kawasan yang kosong kerana kematian perlu diadakan. Mengizinkan kah? Dalam keadaan pandemik covid-19 yang belum reda.

Kerajaan telah mengemukakan penyelesaian menerusi 4 fasa pemulihan pandemik, dan jika semuanya berjalan lancar, maka parlimen boleh bersidang pada September atau Oktober, menerusi SOP yang KETAT.

Mengapa wakil-wakil rakyat yang sentiasa membebel ini, pura-pura TIDAK tahu, apabila PARLIMEN dibenarkan bersidang, maka apa-apa ORDINAN darurat perlu dibentangkan dan dibahas, dan seterusnya diundi. Dalam keadaan, jumlah sokongan kepada kerajaan yang “razor blade’, cuba bayangkan, jika peruntukan untuk pengurusan pandemik covid-19 tidak mendapat sokongan!!!! Ertinya Kerajaan TIDAK boleh menggunakan SEBARANG wang kerjaan. CUBA bayangkan impaknya, kepada rakyat!!! Bukan kah, rakyat yang terkesan akan MATI KATAK, SIA-SIA!!!.

No comments:

Blog Archive