TIADA jaminan mereka yang mendesak parlimen dibuka untuk membahas isu rakyat dan negara, demikian juga tiada jaminan mereka ini patuh TITAH SPBA, bahawa sidang tersebut untuk membahas ordinan-ordinan darurat dan pelan pemulihan negara.
Kemungkinan mereka ini mendorong penjararan baharu politik menerusi penafsiran TITAH “perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara”.
Menukar kerajaan boleh menerusi SURAT AKUAN bersumpah atau USUL tidak percaya di Parlimen.
USUL tidak percaya, boleh dielak, asalkan USUL tersebut walaupun diterima Speaker, tetapi bukan keutamaan, dengan pertimbangan MENDAHULUKAN urusan kerajaan.
Mereka yang mahukan kerajaan tumbang, mencari helah, berlakunya UNDI BELAH bahagi atau TERDAPATNYA ahli parlimen yang menyokong kerajaan hari ini, menarik sokongan (cross the floor) dan duduk di kumpulan pembangkang.
Melihat tindak tanduk AP pembangkang termasuk AP kluster mahkamah, menumbangkan kerajaan hari ini adalah “option” yang perlu bagi mereka.
Kerajaan hari ini, sedar sesedarnya, desakan menamatkan darurat, desakan parlimen bersidang, adalah helah untuk melaksanakan penjajaran politik baharu antara PH, Warisan dan kumpulan kluster mahkamah.
Jika ini berlaku, maka Perdana Menteri perlu letak jawatan dan kerajaan pimpinannya tumbang atau Perdana Menteri memohon SPBA membubarkan parlimen. Persoalannya, apa kah SPBA akur akan pembubaran parlimen, dalam keadaan pandemik COVID-19? SAMA-SAMA kita tunggu apa yang berlaku selepas 1 Ogos.
Namun kita kena ingat, penentuan SIDANG parlimen terletak di tangan kerajaan hari ini. Untuk tujuan tersebut, sebelum TITAH SPBA, Perdana Menteri telah pun mengemukakan jadual bahawa parlimen boleh bersidang antara September atau Oktober tahun ini, yang terkandung dalam 4 fasa pelan pemulihan pandemik Covid-19.
Menurut Menteri yang menjaga undang-undang dan parlimen TITAH SPBA bahawa parlimen hendaklah BERSIDANG secepat mungkin, memenuhi kretiria pelan pemulihan yang dicadangkan oleh kerajaan.
Bagi pendapat penulis, BERSABAR lah, beri lah ruang kepada KERAJAAN hari ini, menyelesaikan semua pelan dan strategi melalui pelan pemulihan tersebut. Menganggunya ditengah jalan, boleh menimbulkan berbagai masalah, termasuk KEGAGALAN.
No comments:
Post a Comment