WAKIL rakyat bekerja mengerti sangat peranaan mereka. Semasa sidang parlimen atau DUN tidak bersidang kerana proklamasi darurat, mereka memanfaatkan sekerap mungkin, malah berkampung di kawasan masing-masing, malahan ada yang membuka pejabat MAYA yang beroperasi 24 jam, khusus untuk rakyat di kawasan masing-masing.
Bagi wakil rakyat yang termasuk wakil rakyat “keyboard” menggunakan masa mereka, selain kerja-kerja “troll”, satira, dan tidak kurang juga mengeritik tindakan-tindakan kerajaan.
Dakwaan mereka ini, kononnya, kerana parlimen dan DUN tidak bersidang, maka mengelak mereka memperjuangkan nasib untung rakyat yang diwakili, sedangkan perbuatan mereka, tidak mencerminkan demikian. Tindakan mereka, hanya mempertikai, tindakan-tindakan membela rakyat.
Di Sabah misalnya, ADUN Warisan bagi DUN Tanjong Aru- Junz Wong, kelihatannya handal di facebook, mencemoh kerajaan GRS dengan berbagai tuduhan, dan semuanya disokong oleh pengomen-pengomen, tiada yang membangkang, sebabnya semua “kawan” facebook tersebut adalah penyokongnya, samada akaun betul atau fake akaun. Tiada peluang, bagi sesiapa yang bebas memberi pencerahan atau penafian, atau penjelasan daripada pihak penyokong kerajaan, kerana jika didapati sedemikian, komen tersebut dipadam dan pengguna akaun tersebut diblok.
Dakwaan Junz Wong, bahawa peruntukan ADUN beliau ditarik, atas sebab itu tidak dapat membantu rakyat di kawasan beliau. ADUN tersebut lupa, kerajaan off the day tidak menarik sebarang peruntukan untuk sesebuah DUN, akan tetapi peruntukan-peruntukan tersebut diurus oleh pejabat daerah atau unit UPPM lantikan kerajaan.
Lupa kah Junz Wong selama 26 bulan Warisan memerintah, semua ADUN yang tidak sehaluan dengan mereka, TIDAK juga disalurkan peruntukan daripada Kerajaan, termasuk lah ADUN Bersatu (semasa mesra kerajaan) kerana keterkaitan dengan Kerajaan Persekutuan yang sedang memerintah antara 10 Mei, 2018- 24 Februari, 2020). Malah, atas kepentingan rakyat yang di wakili, ada ADUN parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan yang diterajui Warisan, terpaksa keluar parti, kerana dijanjikan akan diberikan peruntukan untuk kawasan masing-masing.
Dalam masa pandemik Covid-19 ini, sejak GRS mengambil alih kerajaan, telah mengubah bantuan bakul makanan, tidak lagi melantik kontraktor-kontraktor seperti yang dilakukan kerajaan Warisan, akan tetapi dikendalikan secara terpusat oleh Kerajaan Negeri.
Bagi kerajaan off the day, bantuan kepada rakyat yang layak terus diberikan, tidak mengira latar belakang fahaman mereka, hanya bezanya, peruntukan seumpama itu TIDAK disalurkan menerusi ADUN atau ahli parlimen pembangkang.
No comments:
Post a Comment