Thursday, June 17, 2021

GOLONGAN MANA PALING TERSEKSA JIKA ADA PKPD?

JAWAPANNYA mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan perumahan-perumahan rakyat bertingkat. Mengapa? Golongan ini terseksa? Berbanding mereka yang di perkampungan, waima rumah-rumah setinggan? Sebabnya di rumah-rumah kediaman seumpama ini, tiada ruang untuk berehat di luar pintu rumah, kerana korridor adalah kawasan lalu lalang penghuni.

Jika ada PKPD, maka penghuni setiap rumah, betul-betul duduk dalam rumah, kecuali seorang, itu pun untuk masa terhad sahaja, terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan makanan. Selepas itu, kembali semula ke dalam rumah dan berkurung.

Seperti kelaziman rumah-rumah pangsa murah, dan perumahan rakyat, ada yang 3 bilik atau 2 bilik, tidak berapa luas, dan sudah tentunya semua konkrit. Konkrit, memang lambat menyerap panas, akan tetapi juga lambat menyejuk. Kerana keadaan demikian, maka penghuni, sudah tentu terpaksa memasang kipas, dan penghawa dingin (bagi yang ada) untuk menyejukkan ruangan. Oleh kerana dalam situasi PKPD, penghuni 24jam sehari berkurung.

Untuk mengelak suasana pengap, maka kipas berputar 24jam, jika ada penghawa dingin, juga akan “on” 24jam (kerana tiada waktu rehatnya, ada kompresor meletup). Keadaan ini lah yang menyebabkan bil elektrik mencanak naik (pinjam istilah jangkitan covid-19 yang meningkat). Apa tah lagi ditambah kerap memanaskan air, untuk membancuh KOPI, atau KOPI O atau 3+1 white coffee.

Pengalaman semasa PKP1.0 yang menyerupai PKPD masa akhir-akhir ini, bil elektrik 3 kali ganda berbanding biasa. Jika bil biasa RM150, maka semasa PKPD akan menjadi RM450.

Bagi penghuni yang bergaji tetap (belum diberhentikan), tambahan bil elektrik, sebagi ganti belanja minyak, maknanya, zero-zero lah. Akan tetapi, mereka yang bekerja sendiri, atau mereka yang bekerja tidak tetap (ada kerja ada upah), PKPD merupakan penyiksaan luar biasa. Mengapa? Selain tidak termasuk dalam kategori yang dibantu (bukan petani, bukan nelayan, bukan pemandu pelancong sambilan, bukan pemandu teksi, bukan penjaja, bukan pekebun, bukan peternak, tidak berdaftar dengan e-kasih, tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan, bukan OKU, bukan ibu tunggal), selepas PKPD, akan berhadapan dengan pemotongan elektrik, pemotongan air, jika menyewa, berhadapan dengan pengusiran.

Untuk makanan sekelurga (antara 3-5 orang), mungkin akan dapat bakul makanan (5kg beras 5%, 1kg gula, 3 tin kecil sardin (yang bernasib baik- sardin cap ayam), 1 bungkus mee kering cap udang, 1 paket minyak makan bersubsidi), 1 bungkus biskut 400gram, 1 botol kitchap 200ml sebagai penganjal perut dalam tempoh PKPD.

Suasana sebegini seperti dalam keadaan perang (bagi mereka yang tidak bernasib baik ini),bezanya perang melawan musuh yang tidak menggunakan senjata atau bom, tetapi melalui virus.

Penulis memperhatikan sejak PKP1.0, golongan yang disebutkan di atas, adalah golongan yang tercicir di peringkat negeri, tetapi bukan di peringkat Persekutuan, kerana golongan ini diberikan BPN atau BPR.

Golongan ini, hanya menelan air liur, apabila kerajaan negeri mengumumkan memberi bantuan one-off kepada golongan yang “terkesan” berasaskan takrifan kerajaan negeri, sedangkan jika dikaji betul-betul, mereka yang disebutkan “tidak bernasib baik tersebut” lebih terkesan berbanding petani, nelayan, pekebun atau mereka yang tersenerai dalam data base kerajaan negeri yang mendapat bantuan.

Mungkin di masa hadapan, perlunya data base bagi mereka yang tergolong kurang bernasib baik ini, agar, tidak terlepas pandang menerima bantuan.

No comments:

Blog Archive