Friday, June 18, 2021

KESAN TITAH AGONG

SPBA setelah berbincang dengan Raja-raja Melayu pada 16 Jun, 2021 di Istana Negara, menzahirkan TIADA keperluan melanjutkan darurat (1). Selain itu, Baginda juga menzahirkan agar parlimen bersidang SECEPAT MUNGKIN(2). Pada masa yang sama juga, Baginda menzahirkan kerajaan stabil, efektif menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi(3).

Berasaskan tiga (3) TITAH mutahkir tersebut, maka Kerajaan menjunjung TITAH dan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara.

APA REAKSI ORANG POLITIK?

PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN (PH) mendesak diadakan SIDANG PARLIMEN, jika LAMBAT, mereka MINTA, Perdana Menteri LETAK JAWATAN. Dato Seri Najib Razak pula, menganggap SINIS tindakan KERAJAAN, kerana TIDAK mengemukakan NOTIS persidangan yang memerlukan 28 hari sebelum sidang bermula. Selain itu, Lim Guan Eng mendakwa Dato Takiyuddin Hassan derhaka kepada SPBA, apabila Menteri Undang-undang dan Parlimen tersebut menyebutkan, bahawa SPBA TIDAK menyebut tarikh diadakan SIDANG PARLIMEN, dan selanjutnya mengatakan TITAH baginda tersebut selari dengan pelan KERAJAAN membuka Parlimen pada September, seperti mana diumumkan Perdana Menteri.

APA ISU BERKAITAN TITAH SPBA?

ISUNYA adalah pemahaman berkaitan perkataan SECEPAT MUNGKIN. Penulis cuba mencari “limit” dan makna perkataan tersebut, baik melalui kamus dan BANTUAN google, sayangnya, penulis TIDAK menjumpai, pengertian yang otentik mengenainya. Rupanya, penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada “pengertian”, “pemahaman” dan “kebiasaan” TIADA limit masa ditentukan.

APA KESIMPULANNYA?

Dalam perkara ini, akan bila kah persidangan parlimen, sudah TENTU tertakluk kepada TINDAKAN susulan oleh KERAJAAN off the day berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara. JIKA demikian, mereka yang “so-called politions” perlu akur PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG NEGARA, tidak lebih dan tidak kurang.

KEBARANGKALIAN BERLAKU SEMASA SIDANG

JIKA Pembangkang, PATUH pada TITAH SPBA, bahawa persidangan parlimen untuk membahas ordinan-ordinan darurat, selain pelan pemulihan kesihatan dan ekonomi negara, maka TIDAK timbul masalah.

Akan tetapi, jika pembangkang dan Ahli Parlimen bertindak diluar TITAH, misalnya MENGUSULKAN undi tidak percaya atau menarik sokongan (cross the floor), maka isu ini lah menjadi masalah, atas sebab,kemungkinan besar, kerajaan kehilangan sokongan majoriti mudah.

Mereka yang mahukan kerajaan tumbang, kemungkinan memanfaatkan TINDAKAN “cross the floor” daripada ahli parlimen parti-parti yang menyokong kerajaan, kerana USAHA mereka menerusi AKUAN BERSUMPAH, sehingga kini gagal.

No comments:

Blog Archive