AKHIRNYA terbukti kata-kata Mat Sabu- elepen fight elepen grass will suffer.
Selepas sahaja PRU-14, akibat keutamaan pemimpin politik yang berbeza, akhirnya rakyat menjadi mangsa.
22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH), bukan sahaja rakyat dinafikan JANJI dalam manifesto PH, akan tetapi, pemimpin kerajaan mentongsampahkannya dengan mengelar “Manifesto bukan kitab suci”.
Kini, memasuki satu tahun setengah, kerajaan PN bergelut dengan malapetaka Pandemik Covid-19, musibah kesihatan sejagad paling buruk era ini, pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan, saban hari, melakukan berbagai gangguan, semata-mata untuk menggangu retak perjalanan pengurusan pandemik tersebut.
Bermula dengan dakwaan mereka, bahawa kerajaan hari ini TIDAK SAH, kerana tiada sokongan majoriti. Diikuti dengan gerakan menumbangkan kerajaan, termasuk menghantar surat kepada SPBA, kononnya mereka mempunyai sokongan cukup untuk mengambil alih kerajaan. Kerana gerakan itu gagal, ada ahli parlimen (AP) kerajaan menarik sokongan, bertujuan agar kerajaan tumbang.
Namun, gerakan tersebut, TIDAK menjadi, kerana “tuah” rakyat mengatasi kepentingan individu.
Sebagai fakta, proklamasi darurat pada 11 Januari, 2021 hanya beberapa jam diistiharkan, kerana selepas kurang 24 jam, kerajaan PN kehilangan sokongan majoriti mudah.
Kalau bukan keadaan “save by the bell” kerajaan PN sudahpun tumbang.
Keadaan terkini, selepas SPBA bertitah pada 16 Jun, 2021, SECEPAT MUNGKIN parlimen perlu bersidang, berbagai tafsiran memenuhi dada akhbar bercetak, atas talian, media-media sosial, malah ada hujah extrem, KUASA TENTERA bakal mengambil alih kerajaan, atas sebab -SPBA adalah PEMIMPIN TERTINGGI ANGKATAN BERSENJATA.
Pada hakikatnya, sebelum titah SPBA pada 16 Julai, 2021 berhubungan dengan SIDANG PARLIMEN, kerajaan telahpun menjadualkan bahawa ianya akan dilaksanakan pada September, 2021, selari dengan PELAN PEMULIHAN pandemik Covid-19. Jadual yang dicadangkan kerajaan tersebut, seluruhnya berasaskan DATA DAN SAINS, perkembangan Covid-19 dalam negara dan global.
Sebenarnya, TIDAK timbul isu berkaitan dengan SIDANG PARLIMEN, jika ianya hanya BERSIDANG.
Isu yang bakal dihadapi, adalah PIHAK pembangkang, akan menumbangkan KERAJAAN, dengan menggunakan PARLIMEN.
Jika perkara itu berlaku, maka berasaskan PERLEMBAGAAN, kerajaan perlu meletakan jawatan, atau parlimen perlu dibubarkan.
JANGAN BERULANG tempoh 24-29 Februari, 2020 dan PRN-16 Sabah... dua keadaan ini, yang menjadi punca utama, mengapa JANGKITAN covid-19 dalam negara, berlarutan sehingga kini.
No comments:
Post a Comment